judi HARAM bagi semua agama dan bangsa. JOM bantah!!!

Status Industri Judi Di Malaysia – “Menghalalkan Yang Haram”

Kertas Asas disediakan oleh TERAS Pengupayaan Melayu Dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Malaysia

Fakta

  1. Walaupun loteri kebajikan masyarakat di tutup beroperasi pada 1991, namun kerana Malaysia mempunyai lebih dari 40 jenis judi, tabiat berjudi terus merebak dalam kalangan masyarakat.
  2. Judi sebagai satu industri yang dilesenkan sejak 1971
  3. Kini wujud lebih daripada 1200 premis judi di seluruh negara. Hanya Kelantan sahaja yang tidak mempunyai premis judi.
  4. Aliran wang rakyat kepada judi kini lebih dari 1.4 bilion setahun. Dalam seminggu di sesebuah daerah wang judi yang mengalir adalah RM1.2 juta – Rm 3.6 juta.
  5. Pada 1988 cukai judi RM 1.071 bilion : RM 499.8 juta dari Magnum Corporation Bhd. Rakyat berbelanja RM 1 bilion melalui judi berlesen dan RM 5 bilion tanpa lesen.
  6. Big Sweep dikendalikan oleh Kelab Lumba Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Pan Malaysia Sweep Sdn. Bhd. Di sabah lesen judi diberi kepada Diriwin Corporation manakala Diriwin Corp. pula melantik Lotteries Corp. yang mengendalikan cabutan dan melantik 100 agen. Jenis judi yang ditawarkan ialah 3 digit, 4 digit dan loteri TOTO. Tahun 1989 timbul Sabah Sweep Takes dengan hadiah RM 2 juta.

Kini industry judi tumbuh seperti cendawan lepas hujan. Yang mengaut keuntungan adalah syarikat judi. Kerajaan tidak member amaran sedikit pun akibat dari gejala berjudi. Semacam ada konspirasi dari syarikat judi dengan pihak berkuasa yang member keuntungan kepada kedua pihak.

7 Syarikat Judi di Malaysia adalah:

1. Genting Berhad (Kasino)
2. Resort World Berhad (Pusat Hiburan dan Perjudian)
3. Magnum Corporation (Nombor 4 Ekor Loteri)
4. Metroplex Berhad (Subic Bay Casino)
5. Leisure Management Berhad (4 Nombor Ekor dan Lumba Kuda)
6. Berjaya Sport Toto (4 Nombor Ekor dan Ramalan Nombor)
7. Tanjong Public United Company (Lumba Kuda)

Kerajaan Malaysia dan Judi

  1. Keuntungan syarikat judi jauh lebih besar berbanding Telekom, TNB, serta Maybank.
  2. Keuntungan berjudi tidak merosot walaupun dalam keadaan krisis seperti 1997. Syarikat judi tetap mengaut keuntungan RM 771 juta.
  3. Pelaburan secara tidak langsung atau perantara oleh kerajaan dalam saham judi adalah:
  4. Menteri Kewangan
  5. Amanah Raya Berhad
  6. EPF
  7. Bank Negara
  8. PNB

Bentuk dan Amalan Judi di Malaysia.

1. Perjudian Siber
1. Perjudian laman web,
2. Perjudian melalui perisisan
3. Perjudian di kafe siber
4. Casino on Net
5. Judi SMS
2. Perjudian atas kapal
3. Loteri
4. Kasino di pekan Danok (pertaruhan dalam RM dan 3,000 rakyat Malysia sebulan berjudi di situ)
5. Perjudian bergerak
6. Perjudian di kedai kopi
7. Sindiket berjudi
8. Kasino di Genting
9. Nombor ekor
10. Lumba Kuda
11. Pertaruhan dalam sukan
12. Pertaruhan dalam pilihanraya
13. Mesin permainan video
14. Judi untuk kanak-kanak (tikam-tikam dan mesin slot)
15. Permainan domino, dadu Cina atau Inggeris.

Ahli Lembaga Syarikat yang melibatkan orang Melayu:

1. TS Tun Hanif Omar
2. TS Khir Johari
3. TS Moh Ghazali Mohd Seth
4. TS Asmat Kamaluddin
5. TS Mohd Amin Osman
6. TS Jaafar Abdul
7. Dato’ Sulaiman Mohd Noor
8. TS Alwi Jantan
9. TS Wan Sidek Hj. Wan Abdul Rahman
10. Mohammad bin Gomu
11. YAM Tengku Naqiyuddin Tuanku Jaafar

Industri Judi: Mitos para pendokong judi

1. Judi adalah hak peribadi
2. Judi memenuhi tuntutan orang bukan Islam di Malaysia
3. Judi wujud kerana adanya permintaan yang tinggi untuk berjudi dalam kalangan masyarakat
4. Judi berlesen akan menghapuskan judi tidak berlesen.
5. Jika judi diharamkan akan mengurangkan hasil kerajaan
6. Memenuhi permintaan pelancong
7. Jika judi diharamkan akan timbul masalah pengangguran
8. Membeiaran judi adalah strategi politik orang Melayu untuk terus berkuasa kerana memenuhi tuntutan orang Cina.

Akibat Judi

1. Negara
2. Generasi muda dan kanak-kanak
3. Institusi keluarga
4. Budaya hutang
5. Pelbagai masalah sosial
6. Jenayah
7. Kualiti hidup masyarakat berpendapatan rendah.

Agenda Bertindak

1. Mewujudkan badan bertindak peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.
2. Perhimpunan Anti Judi (pusat, qariah, daerah dan negeri)
3. Anjur Forum Anti Judi Merentas Kaum
4. Menghantar memorandum kepada Raja dan kerajaan
5. Tulis surat kepada semua kerajaan negeri dan pusat untuk haramkan judi secara total
6. Wujudkan pasukan pemantau judi dalam masyarakat
7. Kempen mencegah dan mendidik masyarakat untuk menentang judi
8. Membantah sebarang penajaan, promosi dan pengiklanan mana-mana syarikat yang terlibat dengan judi
9. Menulis surat mendesak semua GLC keluar dari pelaburan judi secara langsung atau tidak langsung.
10. Edar risalah di hadapan semua premis judi.
11. Menyenaraikan agenda bertindak di semua peringkat:
1. Kerajaan
2. Pihak berkuasa tempatan
3. Sekolah
4. Ibubapa
5. Parti politik
6. Semua ADUN dan MP
7. NGO
8. Mahasiswa

Pihak berkuasa yang berkaitan dengan Judi

1. Kerajjan Persekutuan
2. Kerajaan Negeri
3. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
4. Pihak Berkuasa Tempatan
5. Kementerian Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat
6. Jawatankuasa Kabinet mengenai masalah sosial
7. PDRM
8. Kementerian Kewangan
9. Kementerian Tenaga, Telekom dan Multimedia
10. Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Pengerusi GMJ/Presiden TERAS / Setiausaha Agung MAPIM

Tinggalkan komen