judi HARAM bagi semua agama dan bangsa. JOM bantah!!!

NGO

3 Julai 2010 – 2 petang. Himpunan 100 Ribu Rakyat Mansuhkan Judi Sukan

Suatu gerakan rakyat telah ditubuhkan untuk membantah judi dinamakan sebagai Gerakan Rakyat Membantah Judi atau ringkasnya GMJ telah ditubuhkan pada hari Selasa 1hb Jun 2010. Setakat ini 21 NGOs dan parti politik telah bergabung tenaga untuk membentuk suatu gerakan rakyat. Pertubuhan tersebut adalah :

1. Majlis Perundiangan Pertubuhan Islam Malaysia(MAPIM)
2. Persatuan Teras Perpaduan Melayu (Teras)
3. Dewan Pemuda Masjid
4. Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM)
5. Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia(GAMIS)
6. Satu Nama (SATNA)
7. Jemaah Islah Malaysia(JIM)
8. Jamaiy
9. Pengerak Belia Tempatan MPK
10. Budayawan Bertindak(BB)
11. Seniman Paksi Rakyat
12. Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK)
13. Nisa Malaysia
14. Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia(PKPIM)
15. Persatuan Dharma Sakyamuni
16. Relawan (PBR)
17. Pusat Aduan Rakyat Kempas
18. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia(SHURA)
19. Dewan Pemuda Pusat (DPP Pusat)
20. Angkatan Muda Keadilan (AMK)
21. Pemuda DAP(DEPSY)

(selanjutnya…)

Advertisements

Pemberian Lesen Judi: PPIM Kecam Kerajaan

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

PETALING JAYA: Isu pemberian lesen judi oleh kerajaan kepada Kumpulan Berjaya terus mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Terbaru, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula menyelar tindakan kerajaan memberikan lesen judi bagi pertaruhan bola sepak Piala Dunia Jun ini.

Menurut Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Ma’amor Osman tindakan memberikan lesen judi itu adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan sebarang aktiviti yang mempunyai unsur perjudian.

“Tindakan (memberikan lesen judi) ini sangat tidak wajar. Jika begitu, isu pelacuran, rasuah… juga boleh dihalalkan,” katanya kepada mStar Online semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kementerian Kewangan secara rasmi memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan Berjaya baru-baru ini.

Ma’amor berkata sekiranya kerajaan membenarkan lesen berjudi ini maka ia secara tidak langsung akan mencemarkan pembangunan bidang sukan di negara ini.

“Jangan cemarkan bidang sukan dengan unsur-unsur judi kerana ia tidak sihat kepada pembangunan sukan di negara ini,” katanya.

Ma’amor berkata sekiranya perjudian ini dibenarkan ada kemungkinan besar akan berlakunya rasuah dalam sesuatu permainan sukan yang dijalankan.

“Jika sesuatu kumpulan inginkan kemenangan dengan mudah mereka boleh ‘membayar’ kepada pihak yang bertanggungjawab kerana jika judi dihalalkan tidak salah jika rasuah juga dihalalkan.

“Sebagai rakyat biasa kita mahu mengajar perkara yang baik terutama kepada kanak-kanak kecil. Tidak mustahil akan berlakunya perjudiaan secara kecil-kecilan”, katanya.

Tegasnya, dalam Islam atau mana-mana ideologi sekalipun melarang pengikutnya berjudi.

“Malahan dalam rukun negara yang pertama ada mengatakan ‘kepercayaan kepada Tuhan’. Oleh itu, bagi mereka yang berjudi adalah orang yang ingkar kepada kepercayaan Tuhan,” katanya.

Ma’amor berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan meneliti semula pemberian lesen judi itu.

(selanjutnya…)