judi HARAM bagi semua agama dan bangsa. JOM bantah!!!

PAS

PAS tampilkan ‘ikon’ bola anti-judi

PAS kini menampilkan bintang bola sepak negara Radhi Mat Din sebagai ‘ikon’ kempen menentang pemberian judi sukan di negara ini.

Dalam ceramah perdana sempena muktamar PAS ke-56 malam tadi, Radhi diminta merasmikan Gerakan Rakyat Mansuhkan Judi (GMJ) – gabungan NGO dan pembangkang khusus khusus untuk menggagalkan usaha kerajaan itu.

Tampil dalam gaya kasual – berseluar trak dan berkemeja-T di hadapan kira-kira 3,000 penyokong pembangkang – Radhi mengimbau kembali bagaimana ‘runtuhnya’ kegemilangan bola sepak di zamannya lebih 10 tahun lalu akibat perjudian haram dan rasuah.

Menceritakan pengalaman peribadinya, Radhi berkata, ketika mengetuai pasukan Kedah pada tahun 1996 berlaku “peristiwa malang” apabila seramai 136 orang telah dituduh terlibat dalam rasuah yang diakibatkan oleh aktiviti pertaruhan haram.

“(Permainan) bola ini tiada kaitan langsung dengan judi. Malangnya sekarang sukan bola sudah dipalitkan dengan judi yang haram di sisi semua agama di dunia ini. Ini umpama lain yang sakit, lain pula yang diubatnya.

(selanjutnya…)


3 Julai 2010 – 2 petang. Himpunan 100 Ribu Rakyat Mansuhkan Judi Sukan

Suatu gerakan rakyat telah ditubuhkan untuk membantah judi dinamakan sebagai Gerakan Rakyat Membantah Judi atau ringkasnya GMJ telah ditubuhkan pada hari Selasa 1hb Jun 2010. Setakat ini 21 NGOs dan parti politik telah bergabung tenaga untuk membentuk suatu gerakan rakyat. Pertubuhan tersebut adalah :

1. Majlis Perundiangan Pertubuhan Islam Malaysia(MAPIM)
2. Persatuan Teras Perpaduan Melayu (Teras)
3. Dewan Pemuda Masjid
4. Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM)
5. Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia(GAMIS)
6. Satu Nama (SATNA)
7. Jemaah Islah Malaysia(JIM)
8. Jamaiy
9. Pengerak Belia Tempatan MPK
10. Budayawan Bertindak(BB)
11. Seniman Paksi Rakyat
12. Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK)
13. Nisa Malaysia
14. Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia(PKPIM)
15. Persatuan Dharma Sakyamuni
16. Relawan (PBR)
17. Pusat Aduan Rakyat Kempas
18. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia(SHURA)
19. Dewan Pemuda Pusat (DPP Pusat)
20. Angkatan Muda Keadilan (AMK)
21. Pemuda DAP(DEPSY)

(selanjutnya…)


PAS serah memo judi bola kepada MB Pahang esok (Hari ini)

Harakahdaily

KUANTAN, 26 Mei: Satu memorandum bantahan ‘Judi Bola’ akan dihantar kepada Kerajaan Negeri Pahang melalui Pejabat Menteri Besar di Wisma Sri Pahang esok (hari ini).

Memorandum akan diserahkan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri bersama pimpinan PAS Pahang yang lain.

Sehubungan itu orang ramai terutamanya umat Islam tanpa mengira perbezaan kaum dan fahaman politik diseru hadir beramai-ramai untuk memberi sokongan perkara ini.

Memo bantahan dijangka akan diserahkan kepada MB Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga selaku Exco Agama Kerajaan Negeri.

Orang ramai yang ingin menyertai penghantaran memo ini dikehendaki hadir dan berkumpul di Perkarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I, Kuantan pada kira-kira jam 10.00 pagi.

(selanjutnya…)


Pemuda PAS Cabar Menteri Agama dan Mufti Bantah Judi

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk mengeluarkan kenyataan bagi membantah kelulusan lesen judi yang diberikan kepada Berjaya Group oleh Kementerian Kewangan.

Semalam beliau dengan lantangnya mengeluarkan kenyataan bahawa Peguam syarie di Mahkamah Syariah di negara ini mestilah seorang yang beragama Islam. Namun dalam hal judi ini beliau mengambil pendekatan pasif. Dimanakah suara lantangnya itu?

DPPWP juga mencabar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan semua mufti dinegara ini untuk tampil ke hadapan menghalang tindakan kerajaan meluluskan judi bola sepak piala dunia serta semua aktiviti judi dalam negara ini.

(selanjutnya…)