judi HARAM bagi semua agama dan bangsa. JOM bantah!!!

GMJ gesa Parlimen bincang usul khas judi sukan

Menjelang beberapa hari lagi Piala Dunia Bolasepak akan berlangsung , Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) menggesa agar usul khas dibahaskan di sidang Parlimen yang bermula hari ini mengenai kelulusan lesen judi sukan.

“Walaupun pertaruhan telahpun bermula sejak lesen tersebut diluluskan, namun GMJ mendapati lesen judi ini bukan sahaja terhenti kepada Piala Dunia FIFA itu sahaja, malah akan berlanjutan kepada pelbagai lagi perjudian sukan yang lain,” kata pengerusi GMJ, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Beliau meminta kerajaan mengambil berat – seperti yang dilaporkan semalam – pengalaman kaki judi di Hong Kong yang kehilangan HK$400 juta (AS$52 juta) dalam pertaruhan perlawanan akhir Piala Dunia pada 1998 apabila Perancis menewaskan pasukan pilihan Brazil 3-0.

“Kekalahan itu merangkumi sekitar 80 peratus daripada sejumlah HK$500 juta yang dipertaruhkan untuk perlawanan itu, menurut laporan akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily,” kata Mohd Azmi dalam satu kenyataan hari ini.

“Laporan itu juga menyebut bahawa kaki judi di Hong Kong mempertaruhkan HK$5 bilion dalam pertaruhan meliputi 64 perlawanan pusingan akhir Piala Dunia. Polis berkata, mereka tidak dapat mengesahkan angka sebenar.

“Ketika itu sahaja di laporkan seorang ahli perniagaan Malaysia mempertaruhkan tiga juta dolar HK pada pasukan pilihan itu. Menurut AFP pula, pertaruhan haram bola sepak merupakan masalah besar yang berleluasa di rantau Asia.

“Malah polis menganggarkan sebelum kejohanan, lebih kurang dua bilion dolar akan dilabur dalam kegiatan itu. Di atas banyak alasan inilah, GMJ melihat bahawa desakan membatalkan kelulusan lesen judi sukan ini perlu diambilkira oleh kerajaan,” tegas Mohd Azmi.

Menurutnya, walaupun pihak polis mengumumkan bahawa pemantauan akan dilakukan sepanjang Piala Dunia, tetapi semua perbelanjaan tambahan kerajaan itu, akan dapat dielakkan jika lesen tersebut ditarik balik.

Selain itu, tambahnya, pelbagai akta yang berkait dengan judi dan kegiatan sepertinya, perlu dikuatkuasakan dengan ketat sehingga “akhirnya budaya judi benar-benar dapat dikawal dengan berkesan”.

Sehubungan itu, beliau menyenaraikan akta-akta atau undang-undang judi yang perlu disemak semula untuk dikuatkuasakan dengan ketat iaitu Akta Pertaruhan dan Ambiltagan 1948; Akta Loteri 1952; Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953; Akta Pertaruhan 1953; Akta Perlumbaan (Lembaga Totalisator) 1961; Akta Kelab Perlumbaan (Ambiltagan Awam) 1965; Akta Pertaruhan Pool 1967 dan Akta Cukai Perjudian 1972.

“GMJ berpendirian adalah tidak munasabah untuk kawalan terhadap mereka yang terlibat dengan pertaruhan haram , padahal isu yang sebenarnya ialah judi yang berlesen itu sendiri meninggalkan kesan yang adalah negatif kepada masayarakat.

“Semua akta berkenaan seharusnya disemak semula dari sudut bidang cakupan pelbagai jenis judi, agensi penguatkuasaan yang berkenaaan, sejauhmana akta-akta itu mempunyai cukup keupayaan untuk mengekang tabiat menjudi,” katanya.

Mohd Azmi berkata, kementerian kewangan yang berkuasa untuk meluluskan lesen judi, perlu menyemak semula di manakah kekurangan yang didakwanya menyebabkan sindiket judi dengan mudah beroperasi di Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s