judi HARAM bagi semua agama dan bangsa. JOM bantah!!!

Archive for Mac, 2010

MP Umno diminta sokong kurangkan lesen judi

Oleh Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Pakatan Rakyat akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendesak kerajaan mengawal pengeluaran lesen judi kepada syarikat-syarikat perjudian dan berharap Umno turut menyokongnya.

Memorandum yang akan diminta untuk ditandatangani oleh semua ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat itu juga bagi mendesak kerajaan membatalkan cabutan khas atau ‘special draw’ yang dikeluarkan pada tahun ini.

Desakan itu ekoran jawapan Najib yang juga Menteri Kewangan kepada dua soalan Lok Siew Fook (DAP-Rasah) di Dewan Rakyat pada 18 dan 22 Mac.

(selanjutnya…)


Judi sukan, Pakatan minta Najib perjelaskan

Oleh Hazlan Zakaria

Malaysiakini : Ahli parlimen Rasah, Anthony Loke hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tampil bagi menjawap di Dewan Rakyat berhubung laporan agensi berita asing bahawa kerajaan bercadang mempertimbangkan agar pertaruhan atau judi sukan dibenarkan di negara ini.

Ini kerana katanya, pertaruhan berkenaan akan menjadi punca kepada masalah gejala sosial yang lain, khusnya di kalangan masyarakat Cina.

Menurut Loke (kiri), untuk mempertimbangkan keputusan yang akan memberi impak sosial yang sebegitu besar, kerajaan seharusnya membuat pungutan suara.

MP Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad yang juga hadir pada sidang media di lobi Parlimen berkata tindakan mempertimbangkan judi sukan itu suatu pendedahan yang agak menggangu fikiran.

(selanjutnya…)