judi HARAM bagi semua agama dan bangsa. JOM bantah!!!

Demontrasi

Pemuda PAS ‘gempur’ premis judi

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan mengedarkan risalah membantah judi kepada pengunjung premis judi di seluruh negara bermula hari ini.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pemuda akan ditempatkan di hadapan premis judi secara bergilir-gilir mengikut shif sehinggalah kerajaan membatalkan judi bola sepak Piala Dunia 2010 bermula Jun ini.

Menurutnya juga, DPPP mengajak semua insan yang anti- judi dan prihatin dengan kemungkaran ini bersama-sama mereka mengedarkan risalah berkenaan.

“Bermula hari ini sehingga lesen judi dibatalkan, DPPP mengarahkan semua pemuda PAS dan menjemput semua insan prihatin yang anti judi supaya membuat shif secara bergilir-gilir untuk menunggu di hadapan kedai sport toto dan lain-lain premis judi di seluruh negara untuk mengedarkan risalah bantah judi kepada pelanggan atau pengunjung premis perjudian tersebut,” katanya kepada Harakahdaily.

(selanjutnya…)

Advertisements

Pemuda Gerakan sertai himpunan bantah judi

Oleh Mohd Shubihi Zain

ALOR SETAR, 25 Mei: Pemuda Gerakan Kedah dan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyatakan kesediaan untuk menyertai Himpunan Membantah Judi yang akan diadakan di Dataran Zero, Sungai Petani, selepas solat Jumaat, 28 Mei ini.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria (gambar) mengajak seluruh rakyat di negeri ini untuk bersama-sama dalam himpunan besar-besaran itu.

Katanya, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda DAP (DAPSY) negeri juga telah menyatakan kesediaan untuk menyertai himpunan tersebut.

Menurutnya, himpunan itu adalah bertujuan menyatakan bantahan rakyat terhadap kelulusan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 yang dianugerahkan oleh Kerajaan Umno BN kepada Kumpulan Berjaya.

“Himpunan ini adalah rentetan daripada beberapa himpunan yang diadakan di negeri-negeri lain Jumaat lalu dan kemuncaknya rakyat akan berhimpun di Kuala Lumpur untuk menyerahkan tuntutan rakyat terhadap aktiviti perjudian kepada Yang di-Pertuan Agong pada 3 Julai nanti,” jelasnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Terap.

Menurut Nasir lagi, penganjur juga turut menjemput semua pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik termasuk Umno dan MCA untuk bersama-sama menyertai himpunan itu.

“Perhimpunan ini terbuka kepada semua pihak dan ianya bukan untuk rakyat beragama Islam sahaja, semua agama tidak membenarkan judi kerana judi mengundang banyak keburukan.

“Kita menjemput kesemua NGO-NGO dan parti-parti politik yang ada di negeri ini tapi sehingga kini Umno dan MCA tak memberikan jawapan balas,” katanya.


1,000 sertai himpunan bantah judi di Perak

Harakahdaily : IPOH, 21 Mei: Sekurang-kurangnya 1,000 Rakyat Perak hari ini melahirkan bantahan terhadap kelulusan lesen judi bolasepak sempena Piala Dunia Jun ini di Masjid Negeri Sultan Idris Shah 11, Ipoh selepas solat Jumaat tengahari tadi.

Himpunan bantahan tersebut telah dianjurkan oleh Pemuda PAS Perak dan turut disokong beberpa badan bukan kerajaan NGO lain..

Antara pimpinan yang hadir berucap ialah Timbalan Pengerusi PKR Perak, Dr Lee Boon Chye, Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan, Ketua Angkatan Muda PKR Perak, Abdul Yunus Jamhari, dan Yang Dipertua ABIM Perak, Haji Suhaimi Latip.

(selanjutnya…)


Klip Video-Perhimpunan bantah lesen judi, konsert kecoh dengan gangguan Polis


Perhimpunan bantah lesen judi, konsert bertukar kecoh

KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 orang berhimpun membantah kelulusan lesen bertaruh Piala Dunia dan penganjuran sebuah konsert, di perkarangan Masjid Kampung Baru di sini petang ini.

Polis menahan seorang lelaki dalam lingkungan 30an yang cuba menghalang polis meleraikan perhimpunan itu yang diadakan selepas solat Jumaat. Bagaimanapun, lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil. Sedikit kekecohan berlaku apabila lelaki itu enggan menyerahkan pembesar suara yang dipegangnya tetapi polis berjaya meleraikan perhimpunan itu pada 2.30 petang.

Pemangku Ketua Pemuda Pas Wilayah, Herman Samsudeen, ketika ditemui mendakwa pihaknya meminta tempoh lima minit daripada polis untuk mengadakan demonstrasi secara aman namun tiba-tiba ia bertukar sebaliknya.

“Kami hanya berhimpun secara aman untuk melahirkan rasa tidak puashati terhadap kelulusan lesen judi dan konsert itu sahaja,” katanya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman, ketika dihubungi berkata polis tidak bertindak kasar sewaktu meleraikan perhimpunan itu.

(selanjutnya…)


Himpuan besar-besaran bantah lesen judi 3 Julai

Oleh Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan besar-besaran 3 Julai depan bagi membantan tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia bermula Jun ini.

Satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong juga akan diserahkan pada himpunan tersebut.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, himpunan tersebut akan bermula di masjid negara sebelum bergerak ke Istana negara.

“Pada himpunan tersebut, kita akan menyerahkan memorandum kepada Tuanku, agar mendesak kerajaan menarik balik kelulusan lesen judi yang telah diberikan,” katanya kepada Harakahdaily selepas mesyuarat dewan harian Pemuda PAS Pusat petang ini.

(selanjutnya…)