judi HARAM bagi semua agama dan bangsa. JOM bantah!!!

Arkib Pengarang

Wajib Baca : Kenapa rakyat perlu turun Kempen “Tak Nak Judi” 3hb Julai 2010?

Setelah rakyat mendapat kejayaan mendesak kerajaan membatalkan lesen judi sukan pada 25hb Jun 2010 maka rakyat perlu pergi ketahap kedua Kempen Tak Nak Judi yang akan dilancarkan pada 3hb Julai 2010 pukul 2 petang di Masjid Negara.

Nama Kempen Tak Nak Judi adalah dicadangkan sendiri oleh seorang yang berbangsa cina bernama Sdr. Ng Yap Hwa daripada Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG).

Dato’ Dr. Toh Kin Woon Bekas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang daripada Parti Gerakan sekarang ini menjadi Pengerusi Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG) berpendapat judi bukanlah budaya masyarakat cina. Sdr Thiagarajah Sokalingam daripada Tamil Foundation juga berpendapat judi boleh meruntuhkan masyarakat dan negara.

Mr Tom Grey, Presiden Persekutuan Lesen Perjudian Kebangsaan, Amerika telah membuat kajian bahawa jika kerajaan mendapat $1.00 pendapatan daripada judi maka kerajaan kehilangan $1.9 kos pembayar cukai untuk mengatasi masalah yang berlaku kesan daripada judi seperti jenayah, bengkrap, ketagihan, keruntuhan rumah tangga dan lain-lain.

(selanjutnya…)


Tidak keluar lesen judi kerana agama?

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Keputusan kerajaan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan atas pertimbangan agama dan kesan politik harus dipersoalkan keikhlasannya.

Ini kerana Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berpendapat bahawa hal-hal berkaitan judi telah ada nas yang jelas dan pasti berdasarkan ayat al-Quran di dalam surah Al-Maaidah ayat 90.

Oleh itu, kata timbalan ketuanya, Azman Shapawi Abdul Rani (gambar), ia tidak perlu dibincangkan atau ditimbang-timbangkan.

“Kenapa hanya judi sahaja yang dipertimbangkan sedangkan ISA, hudud, rasuah, arak, aurat, pusat maksiat yang semakin membiak di negara ini tidak dibincangkan dalam konteks agama,” ujarnya dalam satu kenyataan.

DPPP juga, katanya mempersoalkan sejak bila kerajaan Umno BN mempertimbangkan sesuatu perkara mengambil kira pendapat rakyat.

Sedangkan, tambahnya sebelum ini mengapa kerajaan tidak pernah mendengar akan rintihan rakyat seperti kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak, tol dan sebagainya.

“Jelas di sini kerajaan semakin takut akan kebangkitan rakyat yang begitu memarahi kerajaan Umno BN yang suka bertindak mengikut penilaian politik tanpa memikirkan akibatnya kepada rakyat marhaen,” ujarnya lagi.

(selanjutnya…)


[rockyou id=157991545&w=800&h=480]


Judi bola: GMJ serah memorandum kepada Najib

Oleh Nazri Abdullah

PUTRAJAYA, 23 Jun: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) hari ini menyerahkan memorandum bantahan berhubung kelulusan lesen judi bolasepak oleh kerajaan Malaysia, kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.

Serahan tersebut diketuai pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid serta setiausaha, Suhaizan Kayat bersama Naib Setiausaha Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Goh Kean Seng, wakil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Ser Choog Eng dan dari Budaywan Bertindak, Lee Ban Chen.

Hadir sama mengiringi delegasi serahan adalah Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan serta beberapa pemuda PAS lain.

Memorandum diserahkan kepada penolong setiausaha Pejabat Perdana Menteri, Husnul Hakim Jamaluddin.

(selanjutnya…)


RAKYAT MALAYSIA MAHU PERJELASAN PERDANA MENTERI

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) mewakili rakyat Malaysia mahu penjelasan lanjut daripada Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak juga Menteri Kewangan yang telah menafikan pemberian lesen judi sukan kepada Syarikat Ascot Sport Sdn Bhd pada 7 Jun 2010. Malah sikap Perdana Menteri yang tidak mahu membangkitkan semula isu lesen judi sukan ini dilihat sebagai usaha menyapu sampah ke bawah kapet. Kerajaan dilihat tidak jelas malah sentiasa berdolak-dalik berhubung dengan lesen judi sukan dinegara ini.

Berikut adalah maklumat-maklumat yang mencurigakan disebalik penafian Perdana Menteri :

  1. Pada 11 Jun 2010 terdapat dokumen “Information Memorandum” telah dikeluarkan oleh Berjaya Sports Toto Malaysia Sdn Bhd dimana pada halaman 20 dokumen ini dinyatakan bahawa Ascot Sports telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk menjalankan perniagaan judi sukan. Berjaya Sport Toto memohon pinjaman RM800 juta untuk melakukan operasi judi sukan sempena EPL (English Premier League) pada bulan Ogos atau September 2010. Terdapat 220 outlet Sport Toto seluruh negara akan mejayakan judi tersebut. Penasihat utama bagi pembiayaan ini ialah Maybank Investment Bank Berhad dan AmInvestment Bank Group. Menurut analisis kredit daripada Malaysia Rating Corporation Berhad (MARC) sebuah agensi penarafan telah menilai pinjaman yang telah diminta oleh Berjaya Sports Toto memiliki nilai rating setinggi AA-. Penilaian ini juga mengambilkira bahawa Ascot Sports telahpun mendapat kelulusan untuk menjalankan judi sukan. Pendedahan ini telah dibuat oleh YB Tony Pua Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara pada 21-Jun-2010 diParlimen. (selanjutnya…)

Judi sukan: GMJ akan hantar memo kepada Majlis Raja-Raja

Oleh Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) akan menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja bagi menuntut kerajaan menarik balik lesen judi sukan yang telah dikeluarkan kepada Syarikat Berjaya Corporation.

Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen semalam, pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, GMJ akan berusaha untuk bertemu dengan Majlis Raja-Raja yang akan bersidang dalam masa terdekat ini bagi menyerahkan memorandum berkenaan

“Kita akan cuba untuk menyerahkan memorandum ini kepada Majlis Raja-Raja yang kebetulan akan bersidang tidak lama lagi,” katanya.

Semalam, GMJ telah menyerahkan memorandum berkenaan kepada beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional bagi diteliti untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

(selanjutnya…)


PAS tampilkan ‘ikon’ bola anti-judi

PAS kini menampilkan bintang bola sepak negara Radhi Mat Din sebagai ‘ikon’ kempen menentang pemberian judi sukan di negara ini.

Dalam ceramah perdana sempena muktamar PAS ke-56 malam tadi, Radhi diminta merasmikan Gerakan Rakyat Mansuhkan Judi (GMJ) – gabungan NGO dan pembangkang khusus khusus untuk menggagalkan usaha kerajaan itu.

Tampil dalam gaya kasual – berseluar trak dan berkemeja-T di hadapan kira-kira 3,000 penyokong pembangkang – Radhi mengimbau kembali bagaimana ‘runtuhnya’ kegemilangan bola sepak di zamannya lebih 10 tahun lalu akibat perjudian haram dan rasuah.

Menceritakan pengalaman peribadinya, Radhi berkata, ketika mengetuai pasukan Kedah pada tahun 1996 berlaku “peristiwa malang” apabila seramai 136 orang telah dituduh terlibat dalam rasuah yang diakibatkan oleh aktiviti pertaruhan haram.

“(Permainan) bola ini tiada kaitan langsung dengan judi. Malangnya sekarang sukan bola sudah dipalitkan dengan judi yang haram di sisi semua agama di dunia ini. Ini umpama lain yang sakit, lain pula yang diubatnya.

(selanjutnya…)


Lesen Judi, Tahniah Rakyat Malaysia!

Oleh Noor Safinas

KUALA LUMPUR : Kenyataan bahawa pemberian lesen judi masih belum dimuktamadkan oleh kerajaan atas alasan mahu mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak merupakan kejayaan pertama kempen anti-lesen judi menurut Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).

GMJ melalui setiausahanya Suhaizan Kaiat berkata, ‘tindak balas rakyat’ melalui ceramah, demontrasi, penyerahan memorandum dan halangan daripada kerajaan Pakatan Rakyat memberikan isyarat penentangan yang jelas daripada rakyat.

“Sebenarnya tekanan rakyat ini telah berjaya menghalang pihak kerajaan memberi kebenaran kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd menjalankan operasi judi sukan semasa kejohanan bola sepak piala dunia yang akan berlansung pada 11 Jun 2010.

“Ini merupakan kejayaan 50 peratus rakyat Malaysia untuk memansuhkan judi sukan. Tahniah rakyat Malaysia !” katanya yang juga ketua penerangan Pemuda PAS.

Terdahulu, dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Kementerian Kewangan berkata, kerajaan belum belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat Ascot Sports bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di malaysia.

Menurut kenyataan itu lagi kerajaan masih mendapatkan maklum balas/pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen.

Dalam satu kenyataan dipetik media, Suhaizan berkata, separuh lagi kejayaan itu akan tercapai sekiranya rakyat turun beramai-ramai dalam demontrasi besar mereka di Istana Negara pada 3 Julai depan.

“Tekanan ini perlu dipertingkatkan bagi mempastikan pecutan terakhir ini berjaya memansuhkan judi sukan yang boleh membawa kesan buruk khususnya kepada anak-anak muda di negara ini.”

(selanjutnya…)


Judi: Siapa berbohong – Najib atau BERJAYA?

Oleh Christine Chan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika beliau tidak memberi gambaran yang sebenar berhubung pemberian lesen judi sukan.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kenyataan bercanggah antara Kementerian Kewangan dan BERJAYA Corporation Bhd menimbulkan kontroversi mengenai siapa yang sebenarnya berbohong.

(selanjutnya…)


Perak Jadi Pusat Judi Utara

Oleh Noor Safinas

KUALA LUMPUR : Kebenaran yang diberikan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT)di Negeri Perak terutamanya pihak Kerajaan Negeri Perak untuk mengizinkan premis-premis judi beroperasi dalam pertaruhan perjudian pertandingan bola sepak Piala Dunia dan menjadi pusat operasi atau destinasi bagi mereka yang ingin berjudi di sebelah utara tanahair telah menimbulkan kekesalan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk).

Hal ini kerana PBT di Negeri Kedah, Pulau Pinang dan juga Selangor termasuk Kelantan tidak membenarkan operasi pertaruhan perjudian pertandingan bola sepak Piala Dunia diizinkan di premis-premis judi yang di bawah kawalan PBT.

(selanjutnya…)