judi HARAM bagi semua agama dan bangsa. JOM bantah!!!

Kenyataan Media

Wajib Baca : Kenapa rakyat perlu turun Kempen “Tak Nak Judi” 3hb Julai 2010?

Setelah rakyat mendapat kejayaan mendesak kerajaan membatalkan lesen judi sukan pada 25hb Jun 2010 maka rakyat perlu pergi ketahap kedua Kempen Tak Nak Judi yang akan dilancarkan pada 3hb Julai 2010 pukul 2 petang di Masjid Negara.

Nama Kempen Tak Nak Judi adalah dicadangkan sendiri oleh seorang yang berbangsa cina bernama Sdr. Ng Yap Hwa daripada Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG).

Dato’ Dr. Toh Kin Woon Bekas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang daripada Parti Gerakan sekarang ini menjadi Pengerusi Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG) berpendapat judi bukanlah budaya masyarakat cina. Sdr Thiagarajah Sokalingam daripada Tamil Foundation juga berpendapat judi boleh meruntuhkan masyarakat dan negara.

Mr Tom Grey, Presiden Persekutuan Lesen Perjudian Kebangsaan, Amerika telah membuat kajian bahawa jika kerajaan mendapat $1.00 pendapatan daripada judi maka kerajaan kehilangan $1.9 kos pembayar cukai untuk mengatasi masalah yang berlaku kesan daripada judi seperti jenayah, bengkrap, ketagihan, keruntuhan rumah tangga dan lain-lain.

(selanjutnya…)

Advertisements

RAKYAT MALAYSIA MAHU PERJELASAN PERDANA MENTERI

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) mewakili rakyat Malaysia mahu penjelasan lanjut daripada Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak juga Menteri Kewangan yang telah menafikan pemberian lesen judi sukan kepada Syarikat Ascot Sport Sdn Bhd pada 7 Jun 2010. Malah sikap Perdana Menteri yang tidak mahu membangkitkan semula isu lesen judi sukan ini dilihat sebagai usaha menyapu sampah ke bawah kapet. Kerajaan dilihat tidak jelas malah sentiasa berdolak-dalik berhubung dengan lesen judi sukan dinegara ini.

Berikut adalah maklumat-maklumat yang mencurigakan disebalik penafian Perdana Menteri :

  1. Pada 11 Jun 2010 terdapat dokumen “Information Memorandum” telah dikeluarkan oleh Berjaya Sports Toto Malaysia Sdn Bhd dimana pada halaman 20 dokumen ini dinyatakan bahawa Ascot Sports telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk menjalankan perniagaan judi sukan. Berjaya Sport Toto memohon pinjaman RM800 juta untuk melakukan operasi judi sukan sempena EPL (English Premier League) pada bulan Ogos atau September 2010. Terdapat 220 outlet Sport Toto seluruh negara akan mejayakan judi tersebut. Penasihat utama bagi pembiayaan ini ialah Maybank Investment Bank Berhad dan AmInvestment Bank Group. Menurut analisis kredit daripada Malaysia Rating Corporation Berhad (MARC) sebuah agensi penarafan telah menilai pinjaman yang telah diminta oleh Berjaya Sports Toto memiliki nilai rating setinggi AA-. Penilaian ini juga mengambilkira bahawa Ascot Sports telahpun mendapat kelulusan untuk menjalankan judi sukan. Pendedahan ini telah dibuat oleh YB Tony Pua Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara pada 21-Jun-2010 diParlimen. (selanjutnya…)

TINGKATKAN TEKANAN UNTUK MEMANSUHKAN JUDI SUKAN

Jawapan bertulis Kementerian Kewangan di Parlimen berhubung lesen judi telah menyatakan bahawa kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat dan terma pelesenan dengan syarikat terbabit bagi menjalankan operasi pertaruhan di negara ini. Kerajaan sedang mendapatkan maklum balas dan pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di negara ini.Walaubagaimana pun menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung, lesen itu bukanlah lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada syarikat berkenaan.

Secara ringkasnya telah memberi maksud bahawa lesen judi sukan sememangnya telah lama diluluskan tetapi masih dalam perbincangan untuk menganugerahkan kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd. Kerajaan sedang menunggu maklum balas daripada pelbagai pihak sebelum menganugerahkan kepada syarikat terbabit.

(selanjutnya…)


GMJ gesa Parlimen bincang usul khas judi sukan

Menjelang beberapa hari lagi Piala Dunia Bolasepak akan berlangsung , Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) menggesa agar usul khas dibahaskan di sidang Parlimen yang bermula hari ini mengenai kelulusan lesen judi sukan.

“Walaupun pertaruhan telahpun bermula sejak lesen tersebut diluluskan, namun GMJ mendapati lesen judi ini bukan sahaja terhenti kepada Piala Dunia FIFA itu sahaja, malah akan berlanjutan kepada pelbagai lagi perjudian sukan yang lain,” kata pengerusi GMJ, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Beliau meminta kerajaan mengambil berat – seperti yang dilaporkan semalam – pengalaman kaki judi di Hong Kong yang kehilangan HK$400 juta (AS$52 juta) dalam pertaruhan perlawanan akhir Piala Dunia pada 1998 apabila Perancis menewaskan pasukan pilihan Brazil 3-0.

(selanjutnya…)


PEMUDA PARTI GERAKAN KEDAH BERSAMA GMJ

Saya mengucapkan tahniah kepada Gerakan Rakyat Membatah Judi Kedah (GMJ-Kedah) dipengerusikan oleh oleh YB Nasir Zakaria yang telah menubuhkan gerakan rakyat ini diperingkat negeri Kedah. Tahniah juga saya ucapkan kepada Ketua Pemuda Parti Gerakan Kedah Sdr. Tan Keng Liang yang telah bersetuju bersama dalam GMJ-Kedah. Setakat ini pertubuhan politik yang telah bersama GMJ adalah Pemuda PAS, Pemuda DAP, Pemuda PKR(AMK) dan Pemuda Gerakan. Penglibatan daripada NGOs dan parti politik khususnya anak muda sangat-sangat digalakkan. Saya juga menasihatkan kepada semua negeri-negeri menubuhkan GMJ diperingkat negeri-negeri. Bagi memudahkan sebarang penubuhan GMJ diperingkat nasional dan negeri saya senaraikan wakil-wakil GMJ seperti di bawah :

  1. Nasional – Sdr. Suhaizan (019-7285174)
  2. Johor – Sdr. Faizi (019-7701830)
  3. Melaka – Sdr. Kamal (013-6643574)
  4. Negeri Sembilan – Sdr. Khairil Anwar (017-2138834)
  5. Selangor – Sdr. Habullah (012-2917011)
  6. Perak – Sdr. Zawawi (013-5908377)
  7. P. Pinang – Sdr. Yusni (019-4500660)
  8. Perlis – Sdr. Yakob (019-4574652)
  9. Pahang – Sdr. Suhaimi (019-9319231)
  10. Terengganu – YB Mohd Nor Hamzah(013-9818195)
  11. Kelantan – YB Abd Latif Abd Rahman (019-9565665)
  12. Kedah – YB Nasir Zakaria (019-2110389)
  13. Sabah – Sdr. Lahirul (019-3692587)
  14. Sarawak – Sdr. Abang Eddy (016-8905446)

Nota: Bagi Wilayah Persekutuan, organisasi GMJ diletakan dibawah GMJ Nasional

(selanjutnya…)


DERMA RM525 : GULA-GULA MENGHALALKAN JUDI SUKAN

Tan Sri Vincent Tan melalui laporan media akan mendermakan wang sebanyak RM525 juta untuk tujuan kebajikan. Derma ini akan disalurkan melalui Yayasan Better Malaysia Foundation. Wang ini diperolehi daripada penjualan kepentingan dalam Ascots Sport bulan lepas. Beliau juga menafikan telah menaja ahli atau parti politik sebagai balasan terhadap kerajaan yang meluluskan lesen judi sukan.

Tan Sri Vincent Tan seolah-olah cuba membayar segala tentangan rakyat Malaysia terhadap judi sukan dengan bayaran RM525 juta. Apalah maknanya dengan angka RM525 juta dibandingkan dengan kerosakan terhadap keluarga, masyarakat dan negara ekoran daripada kelulusan lesen judi sukan ini. Negara terpaksa membayar kerosakkan ini dengan nilai yang jauh lebih besar daripada derma yang akan disalurkan. Beliau juga seolah-olah cuba mempositifkan minda rakyat terhadap judi sukan melalui bayaran ini.Jika rakyat Malaysia hanya memikirkan keuntungan semata-mata sudah tentu akan terpukau dengan wang derma seumpama ini.

(selanjutnya…)


PERLANCARAN KEMPEN MEMBANTAH JUDI SUKAN

Pihak Gerakan Rayat Membantah Judi(GMJ) akan mengadakan perlancaran Kempen Memansuhkan Judi Sukan bersama pimpinan NGOs, ulama dan politik di hadapan Pusat Perniagaan Sogo, Jalan Tungku Abd Rahman, Kuala Lumpur pada hari Sabtu 5hb Jun 2010 jam 2 petang. Kempen ini bertujuan untuk mendesak pihak Kerajaan Malaysia menarik balik lesen judi sukan yang telah diluluskannya.

Kemuncak kepada kempen ini adalah Himpunan 100 Ribu Rakyat Malaysia Membantah Judi Sukan pada sabtu 3hb Julai 2010 jam 2 petang di Kuala Lumpur untuk menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Saya mengajak semua pihak agar sama-sama memberi sokongan melalui kehadiran dalam perlancaran kempen ini. Kelulusan judi sukan ini boleh menyebabkan :

  1. Keruntuhkan mutu sukan negara.
  2. Mendorong rakyat bergantung kepada nasib.
  3. Menurunkan produktiviti negara.
  4. Meruntuhkan institusi keluarga.
  5. Meningkatkan gejala sosial.
  6. Meningkatkan kadar jenayah.
  7. Meningkatkan beban hutang rakyat.
  8. Meruntuhkan ekonomi negara.
  9. Menyalahi dasar-dasar semua agama.

Semua rakyat Malaysia dijemput hadir

Suhaizan Bin Kaiat
Setiausaha
Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ)


Pemuda PAS Cabar Menteri Agama dan Mufti Bantah Judi

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk mengeluarkan kenyataan bagi membantah kelulusan lesen judi yang diberikan kepada Berjaya Group oleh Kementerian Kewangan.

Semalam beliau dengan lantangnya mengeluarkan kenyataan bahawa Peguam syarie di Mahkamah Syariah di negara ini mestilah seorang yang beragama Islam. Namun dalam hal judi ini beliau mengambil pendekatan pasif. Dimanakah suara lantangnya itu?

DPPWP juga mencabar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan semua mufti dinegara ini untuk tampil ke hadapan menghalang tindakan kerajaan meluluskan judi bola sepak piala dunia serta semua aktiviti judi dalam negara ini.

(selanjutnya…)


Himpuan besar-besaran bantah lesen judi 3 Julai

Oleh Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan besar-besaran 3 Julai depan bagi membantan tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia bermula Jun ini.

Satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong juga akan diserahkan pada himpunan tersebut.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, himpunan tersebut akan bermula di masjid negara sebelum bergerak ke Istana negara.

“Pada himpunan tersebut, kita akan menyerahkan memorandum kepada Tuanku, agar mendesak kerajaan menarik balik kelulusan lesen judi yang telah diberikan,” katanya kepada Harakahdaily selepas mesyuarat dewan harian Pemuda PAS Pusat petang ini.

(selanjutnya…)


Enggan tarik balik kelulusan Lesen Judi dan Konsert, Pemuda PAS Berdemo

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan mengajak seluruh anggota Pakatan Rakyat, Barisan Nasional, NGO dan rakyat keseluruhannya, khususnya disekitar Lembah Klang untuk menyertai satu demontrasi aman bagi membantah sikap Kerajaan Malaysia yang enggan membatalkan kelulusan lesen judi Piala Dunia dan juga Konsert 12 jam Pitbull.

(selanjutnya…)