judi HARAM bagi semua agama dan bangsa. JOM bantah!!!

Artikel

Vincent Tan bukan Robinhood, RM 525 juta tetap duit haram

Oleh Herman Samsudeen
JKuasa Publisiti GMJ

Sejak dari kecil saya mendengar cerita dan melihat filem Robinhood. Beliau terkenal sebagai lagenda di England. Tingga di hutan Sherwood di Nottinghamshire bersama kawan-kawannya dan merompak golongan kaya. Hasil rompakan diberikan kepada golongan fakir miskin. Itulah kerjaya harian Robinhood hingga ia dijulang sebagai hero rakyat.

Namun dari segi moralnya, beliau telah mengunakan jalan yang salah untuk tujuan kebaikan. Ada yang mengatakan tindakannya itu betul dari segi undang-undang moral kemanusian dari persepsi mereka yang tertindas oleh orang kaya dan ada yang kata salah disisi undang-undang negara kerana merompak.

(selanjutnya…)

Advertisements

Status Industri Judi Di Malaysia – “Menghalalkan Yang Haram”

Kertas Asas disediakan oleh TERAS Pengupayaan Melayu Dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Malaysia

Fakta

  1. Walaupun loteri kebajikan masyarakat di tutup beroperasi pada 1991, namun kerana Malaysia mempunyai lebih dari 40 jenis judi, tabiat berjudi terus merebak dalam kalangan masyarakat.
  2. Judi sebagai satu industri yang dilesenkan sejak 1971
  3. Kini wujud lebih daripada 1200 premis judi di seluruh negara. Hanya Kelantan sahaja yang tidak mempunyai premis judi.
  4. Aliran wang rakyat kepada judi kini lebih dari 1.4 bilion setahun. Dalam seminggu di sesebuah daerah wang judi yang mengalir adalah RM1.2 juta – Rm 3.6 juta.
  5. Pada 1988 cukai judi RM 1.071 bilion : RM 499.8 juta dari Magnum Corporation Bhd. Rakyat berbelanja RM 1 bilion melalui judi berlesen dan RM 5 bilion tanpa lesen.
  6. Big Sweep dikendalikan oleh Kelab Lumba Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Pan Malaysia Sweep Sdn. Bhd. Di sabah lesen judi diberi kepada Diriwin Corporation manakala Diriwin Corp. pula melantik Lotteries Corp. yang mengendalikan cabutan dan melantik 100 agen. Jenis judi yang ditawarkan ialah 3 digit, 4 digit dan loteri TOTO. Tahun 1989 timbul Sabah Sweep Takes dengan hadiah RM 2 juta.

(selanjutnya…)


Judi bola: Surat terbuka Tamrin untuk Jamil Khir

Oleh Tamrin Ghafar

Assalamualaikum w.b.t.

Segala puji bagi Allah swt, Tuhan Yang Maha Mengasihani dan Menyayangi hamba-hamba-Nya. Dialah Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia berbanding manusia itu sendiri.

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang sangat kasih kepada umatnya. Baginda sentiasa merasa begitu berat melihat penanggungan umatnya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Jamil Khir Baharom

Terlebih dahulu saya berdoa agar Allah s.w.t agar memberi keterbukaan di hati Dato’ sewaktu membaca surat ini seperti mana saya cuba membuka hati saya sewaktu menulisnya. Saya penuh sedar bahawa saya bukanlah insan yang tidak berdosa, tetapi saya yakin Dato’ sedia maklum bahawa dosa-dosa kita sama ada yang terdahulu, kini dan masa akan datang tidaklah wajar menjadi penghalang untuk kita mengingatkan sesama muslim.

(selanjutnya…)


Pemuda PAS ‘gempur’ premis judi

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan mengedarkan risalah membantah judi kepada pengunjung premis judi di seluruh negara bermula hari ini.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pemuda akan ditempatkan di hadapan premis judi secara bergilir-gilir mengikut shif sehinggalah kerajaan membatalkan judi bola sepak Piala Dunia 2010 bermula Jun ini.

Menurutnya juga, DPPP mengajak semua insan yang anti- judi dan prihatin dengan kemungkaran ini bersama-sama mereka mengedarkan risalah berkenaan.

“Bermula hari ini sehingga lesen judi dibatalkan, DPPP mengarahkan semua pemuda PAS dan menjemput semua insan prihatin yang anti judi supaya membuat shif secara bergilir-gilir untuk menunggu di hadapan kedai sport toto dan lain-lain premis judi di seluruh negara untuk mengedarkan risalah bantah judi kepada pelanggan atau pengunjung premis perjudian tersebut,” katanya kepada Harakahdaily.

(selanjutnya…)


DPPP akan Bantah Judi Sepanjang Masa

Oleh Ust. Nasaruddin Hassan Tantawi
Ketua Pemuda PAS Pusat

1. Alhamdulillah , Hari ini [ 21 Mei \ jumaat ] 5 buah negeri akan mengadakan Himpunan Aman membantah Lesen Judi Sukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan UMNO dan BN . Negeri tersebut ialah:

Pulau Pinang di Perkarangan Masjid Permatang Janggus selepas solat jumaat .

Terengganu di Perkarangan Masjid Pengadang Baru selepas solat Jumaat

Perak di Perkarangan Masjid Negeri Ipoh selepas solat jumaat .

Negeri Sembilan dan Selangor .

2. Objektif bantahan ini :

a] Mendesak agar Kerajaan Menarik kembali Lesen yang telah diluluskan .

b] Menjelaskan implikasi negatif angkara judi

c] Mendidik masyarakat agar tidak terjebak dalam kancah perjudian .

(selanjutnya…)


Forum Ekonomi Islam di negara yang menghalalkan judi

Pakar-pakar ekonomi dan wakil Kerajaan beberapa negara Islam berkampung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula hari ini untuk membincangkan isu-isu ekonomi negara Islam.

Menariknya, sebelum Forum Ekonomi Islam ini dijalankan, minggu lepas Kerajaan Malaysia memperkenalkan satu lagi sumber ekonomi baru negara ini iaitu pengeluaran lesen judi bolasepak piala dunia.

Keputusan yang cukup kontradik dengan mesej Forum Ekonomi hari ini. Kita menghimpunkan pakar-pakar ekonomi untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman terbaik mereka bagi merancang aktiviti ekonomi kalangan negara Islam. Yang pastinya aktiviti itu pastilah atas nama Islam yang halal dan tidak melanggar syariah. Firman Allah swt.

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir”-Al-Baqarah ayat 219

(selanjutnya…)


Pemberian Lesen Judi: PPIM Kecam Kerajaan

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

PETALING JAYA: Isu pemberian lesen judi oleh kerajaan kepada Kumpulan Berjaya terus mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Terbaru, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula menyelar tindakan kerajaan memberikan lesen judi bagi pertaruhan bola sepak Piala Dunia Jun ini.

Menurut Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Ma’amor Osman tindakan memberikan lesen judi itu adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan sebarang aktiviti yang mempunyai unsur perjudian.

“Tindakan (memberikan lesen judi) ini sangat tidak wajar. Jika begitu, isu pelacuran, rasuah… juga boleh dihalalkan,” katanya kepada mStar Online semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kementerian Kewangan secara rasmi memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan Berjaya baru-baru ini.

Ma’amor berkata sekiranya kerajaan membenarkan lesen berjudi ini maka ia secara tidak langsung akan mencemarkan pembangunan bidang sukan di negara ini.

“Jangan cemarkan bidang sukan dengan unsur-unsur judi kerana ia tidak sihat kepada pembangunan sukan di negara ini,” katanya.

Ma’amor berkata sekiranya perjudian ini dibenarkan ada kemungkinan besar akan berlakunya rasuah dalam sesuatu permainan sukan yang dijalankan.

“Jika sesuatu kumpulan inginkan kemenangan dengan mudah mereka boleh ‘membayar’ kepada pihak yang bertanggungjawab kerana jika judi dihalalkan tidak salah jika rasuah juga dihalalkan.

“Sebagai rakyat biasa kita mahu mengajar perkara yang baik terutama kepada kanak-kanak kecil. Tidak mustahil akan berlakunya perjudiaan secara kecil-kecilan”, katanya.

Tegasnya, dalam Islam atau mana-mana ideologi sekalipun melarang pengikutnya berjudi.

“Malahan dalam rukun negara yang pertama ada mengatakan ‘kepercayaan kepada Tuhan’. Oleh itu, bagi mereka yang berjudi adalah orang yang ingkar kepada kepercayaan Tuhan,” katanya.

Ma’amor berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan meneliti semula pemberian lesen judi itu.

(selanjutnya…)


Klip Video-Perhimpunan bantah lesen judi, konsert kecoh dengan gangguan Polis


Takuti azab Allah jika lulus lesen judi – JIM

KUALA TERENGGANU – Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein Khamis lalu bahawa kerajaan sedang menimbangkan secara serius cadangan meluluskan lesen judi pertaruhan sukan (sports betting licenses) mengundang bantahan pelbagai pihak yang sedar akan malapetaka yang bakal melanda andainya aktiviti itu dibenarkan.

Terbaharu, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Terengganu menyatakan kekesalan mereka sambil mahu semua pihak membanteras gejala perjudian daripada menjadi amalan budaya masyarakat di negara ini.

Yang Dipertuanya, Zameran Jusoh, dalam satu kenyatan media pertubuhan itu semalam berkata, sebagai sebuah negara yang meletakkan kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan negara, kewajaran untuk meluluskan lesen perjudian adalah bercanggah sama sekali dengan tuntutan Islam yang mana telah mengharamkan segala bentuk aktiviti dan unsur perjudian ini. Persoalan untuk menimbang keputusan menghalalkan aktiviti ini sepatutnya tidak berlaku sama sekali dan wajar ditentang.

“Menghalalkan aktiviti perjudian akan menggalakkan lagi amalan budaya yang tidak sihat dalam kalangan rakyat di negara kita. Ia bukan sahaja merugikan pengamalnya malah memberi kesan serta impak masalah sosial kepada masyarakat serta melahirkan generasi muda yang tidak produktif untuk bekerja kuat demi bangsa dan negara. Ia juga tidak bersandarkan kehendak masyarakat Islam arus perdana dan memburukkan lagi imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Sehingga kini pun negara kita telah mempunyai sebuah kasino perjudian terbesar di Asia Tenggara di samping aktiviti perjudian menerusi operator ramalan nombor seperti 4D dan Toto yang semakin bercambah di negara ini.

“Menghalalkan aktiviti perjudian ini bakal menambahkan lagi kantung pendapatan negara menerusi hasil percukaian tetapi hasil pendapatan negara yang haram seperti ini bakal mengundang kemurkaan dan azab Allah subhanahu wataala dan hilangnya keberkatan atau barokah kepada negara yang tercinta ini,” tegas Zameran.

Awang Adek pada 6 Mei 2010 memberitahu bahawa kerajaan bersetuju mempertimbangkan cadangan meluluskan lesen judi pertaruhan sukan bagi mengelakkan perjudian haram yang dikatakan berleluasa di negara kita.

(selanjutnya…)