judi HARAM bagi semua agama dan bangsa. JOM bantah!!!

Posts tagged “dap

Sambutan kemenangan ganti demo anti judi

Perhimpunan besar-besaran pada 3 Julai depan bagi membantah pemberian lesen judi sukan akan tetap diadakan tetapi dijadikan sambutan meraikan kemenangan.

Bagaimanapu

n menurut Gerakan Rakyat Bantah Judi (GMJ), mereka akan membatalkan hasrat untuk berarak ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Jurucakap GMJ, Suhaizan Kayat (kanan) berkata meskipun pihaknya mencatatkan kejayaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan malam semalam bahawa lesen judi berkenaan akan ditarik balik, namun momentum untuk berhimpun masih belum pudar.

“Saya menerima banyak panggilan daripada orang ramai dari seluruh negara, yang masih mahu behimpun. Jadi, kami mungkin mengantikan perhimpunan itu sebagai sambutan meraikan kejayaan,” katanya ketika dihubungi.

Suhaizan juga berkata dia masih tidak yakin dengan pengumuman kerajaan itu dan akan mendapatkan penjelasan berhubung kesahihan keputusan penarikan balik kelulusan lesen judi seperti dilapor media semalam.

Katanya, penjelasan itu perlu berikutan keputusan pembatalan hanya dibuat oleh Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, bukannya mesyuarat kerajaan persekutuan ataupun jemaah menteri.

“Keputusan seharusnya dibuat oleh kerajaan dan kabinet, dan bukannya hanya Umno,” kata Suhaizan.

“Siapa tahu, mungkin Umno tidak bersetuju tetapi kabinet masih boleh meneruskan supaya lesen (judi sukan) diberikan.

“Kami mahu keputusan yang sahih daripada kerajaan,” katanya.

Sehubungan itu, menurut Suhaizan, GMJ akan mendapatkan penjelasan secepat mungkin daripada pihak kerajaan berkenaan kesahihan maklumat yang diterima memandangkan bahawa keputusan itu hanyalah dibuat oleh mesyuarat Umno, bukannya mesyuarat kerajaan persekutuan.

“Pihak GMJ akan membuat mesyuarat tergempar pada hari Ahad, 27 Jun, jam 11 pagi di Kuala Lumpur untuk membincangkan tindakan selanjutnya,” katanya.

Advertisements

Permit polis: Perhimpunan tetap diadakan

Gerakan Rakyat Bantah Judi (GMJ) mengemukakan permohonan kepada ibupejabat polis daerah Dang Wangi untuk mendapatkan permit untuk berhimpun dan berarak pada 3 Julai depan untuk membantah pemberian lesen judi sukan.

Permohonan permit tersebut diserahkan oleh pengerusi GMJ Azmi Abdul Hamid pada jam 4.30 petang tadi.

Azmi yang juga presiden TERAS, turut ditemani setiausaha GMJ, Suhaizan Kaiat dan ketua Angkatan Muda Selangor (AMK) Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Sejurus selepas membuat permohonan lima minit kemudian, ketiga-tiga pemimpin GMJ dipanggil untuk bertemu dgn ketua cawangan khas Dang Wangi, DSP Izan Bakri.

Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Azmi menjelaskan bahawa pertemuan dengan Izan lebih tertumpu kepada program yang akan berlangsung pada tarikh tersebut.

Katanya, beliau meminta kerjasama pihak polis untuk membenarkan orang ramai berhimpun dan bearak bagi menyampaikan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Azmi, dalam perhimpunan pada 3 Julai itu, orang ramai akan berkumpul di tiga lokasi iaitu di SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara pada jam 2 petang, sebelum berarak ke Istana Negara.

Katanya, perhimpunan tersebut akan turut disertai oleh pemimpin NGO dan parti-parti politik.

Azmi berkata, polis akan memaklumkan kepada mereka mengenai keputusan permohonan permit itu.

Tambahnya, sekiranya permit tidak diluluskan, perhimpunan tersebut akan tetap diterus seperti yang dirancang.

“Kehendak rakyat dan masyarakat bersedia untuk bersama dengan perhimpunan ini. Kita sudah memutuskan akan berhimpun dan bergerak ke Istana Negara,” katanya.


Judi sukan: Rais jadikan Cina kambing hitam

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menuduh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim menjadikan masyarakat Cina di negara ini sebagai kambing hitam dalam agenda kerajaan meluluskan lesen judi sukan.

Pada sidang media di lobi parlimen, Lim mengulas dakwaan Rais kerajaan mesti meluluskan lesen judi itu kerana hak bukan Islam di negara ini perlu diiktiraf dan dihormati.

“Saya terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Rais Yatim yang sekarang menganggap dirinya pakar hal ehwal Cina dengan menyatakan bahawa adalah perlu untuk menghalalkan judi bola kerana hanya dengan menghalalkan judi barulah kita boleh menghormati dan mengiktiraf hak-hak kaum Cina dan India,” katanya mengulas kenyataan luarbiasa Rais itu.

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, dakwaan itu langsung tidak berasas.

“Saya ingin tanya sama beliau, manakah dan siapakah pertubuhan Cina yang memohon kepada kerajaan pusat sebelum ini untuk menghalalkan judi bola.

“Kerana dalam pengetahuan saya tidak ada sebarang pertubuhan Cina yang meminta judi bola dihalalkan. Saya nak tahu saja,” katanya yang juga ahli parlimen Bagan.

Be
liau turut
menegaskan, masyarakat Cina tidak pernah meminta judi dihalalkan kononnya untuk mengiktiraf hak mereka.

“Saya ingin nyatakan di sini bahawa masyarakat Cina tidak meminta bahawa judi bola dihalalkan sebagai tanda hak-hak mereka dihormati dan diiktiraf.

“Saya ingin menekankan di sini permintaan daripada masyarakat Cina atau India atau masyarakat bukan Melayu, Iban, Kadazan adalah sama dengan semua permintaan masyarakat Malaysia iaitu berteraskan prinsip kebebasan, keadilan, kebenaran, kebajikan kepada rakyat dan ketakwaan kepada Tuhan. Itulah permintaan daripada masyarakat Cina,” katanya.

Lim berkata Umno seolah-olah begitu berminat untuk menghalalkan judi berbanding masyarakat bukan Islam.

“Bukan seperti yang Umno cakap bahawa berkisar ke atas judi sahaja. Nampaknya Umno lebih minat dengan judi daripada orang-orang lain. Tapi jangan pula cakap itu permintaan masyarakat Cina dan hanya dengan memberikan judi bola barulah masyarakat Cina, India dan bukan Melayu dapat dihormati. Saya memang tidak bersetuju dengan pandangan sedemikian,” katanya.

Beliau juga menafikan kenyataan sesetengah pihak bahawa DAP mengharamkan sepenuhnya judi sebaliknya beliau berkata, DAP mahu judi dikurangkan.

“Saya bukan minta judi diharamkan terus tapi dikawal. Pendirian kita, yang sudah diluluskan biarkan tapi jangan tambah. Kalau boleh kita kurangkan,” katanya.