judi HARAM bagi semua agama dan bangsa. JOM bantah!!!

Terkini

Lagi parti komponen BN sokong judi sukan

Selepas MCA, PPP, sebuah lagi parti komponen BN hari ini melahirkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pertaruhan judi sukan di negara ini.

MIC m
enerusi presidennya,
Datuk Seri S Samy Vellu dalam kenyataan media berkata parti terbesar India itu tidak menentang cadangan untuk membenarkan pertaruhan sukan di negara ini kerana ia membabitkan golongan bukan Islam sahaja.

“Saya berpendapat ia harus dibenarkan bagi membendung perjudian haram. Ia bukan sesuatu yang baru kerana perjudian sah dalam bentuk lain sudah ada untuk bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya adalah lebih baik untuk mengawal pertaruhan sukan dengan adanya peraturan yang perlu dipatuhi.

Beliau berkata, wang yang dikutip dalam bentuk cukai dari syarikat yang mengendalikan pertaruhan sukan akan dapat digunakan untuk tujuan kebajikan bukan Islam.

Permit polis: Perhimpunan tetap diadakan

Gerakan Rakyat Bantah Judi (GMJ) mengemukakan permohonan kepada ibupejabat polis daerah Dang Wangi untuk mendapatkan permit untuk berhimpun dan berarak pada 3 Julai depan untuk membantah pemberian lesen judi sukan.

Permohonan permit tersebut diserahkan oleh pengerusi GMJ Azmi Abdul Hamid pada jam 4.30 petang tadi.

Azmi yang juga presiden TERAS, turut ditemani setiausaha GMJ, Suhaizan Kaiat dan ketua Angkatan Muda Selangor (AMK) Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Sejurus selepas membuat permohonan lima minit kemudian, ketiga-tiga pemimpin GMJ dipanggil untuk bertemu dgn ketua cawangan khas Dang Wangi, DSP Izan Bakri.

Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Azmi menjelaskan bahawa pertemuan dengan Izan lebih tertumpu kepada program yang akan berlangsung pada tarikh tersebut.

Katanya, beliau meminta kerjasama pihak polis untuk membenarkan orang ramai berhimpun dan bearak bagi menyampaikan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Azmi, dalam perhimpunan pada 3 Julai itu, orang ramai akan berkumpul di tiga lokasi iaitu di SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara pada jam 2 petang, sebelum berarak ke Istana Negara.

Katanya, perhimpunan tersebut akan turut disertai oleh pemimpin NGO dan parti-parti politik.

Azmi berkata, polis akan memaklumkan kepada mereka mengenai keputusan permohonan permit itu.

Tambahnya, sekiranya permit tidak diluluskan, perhimpunan tersebut akan tetap diterus seperti yang dirancang.

“Kehendak rakyat dan masyarakat bersedia untuk bersama dengan perhimpunan ini. Kita sudah memutuskan akan berhimpun dan bergerak ke Istana Negara,” katanya.

Judi sukan: Rais jadikan Cina kambing hitam

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menuduh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim menjadikan masyarakat Cina di negara ini sebagai kambing hitam dalam agenda kerajaan meluluskan lesen judi sukan.

Pada sidang media di lobi parlimen, Lim mengulas dakwaan Rais kerajaan mesti meluluskan lesen judi itu kerana hak bukan Islam di negara ini perlu diiktiraf dan dihormati.

“Saya terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Rais Yatim yang sekarang menganggap dirinya pakar hal ehwal Cina dengan menyatakan bahawa adalah perlu untuk menghalalkan judi bola kerana hanya dengan menghalalkan judi barulah kita boleh menghormati dan mengiktiraf hak-hak kaum Cina dan India,” katanya mengulas kenyataan luarbiasa Rais itu.

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, dakwaan itu langsung tidak berasas.

“Saya ingin tanya sama beliau, manakah dan siapakah pertubuhan Cina yang memohon kepada kerajaan pusat sebelum ini untuk menghalalkan judi bola.

“Kerana dalam pengetahuan saya tidak ada sebarang pertubuhan Cina yang meminta judi bola dihalalkan. Saya nak tahu saja,” katanya yang juga ahli parlimen Bagan.

Be
liau turut
menegaskan, masyarakat Cina tidak pernah meminta judi dihalalkan kononnya untuk mengiktiraf hak mereka.

“Saya ingin nyatakan di sini bahawa masyarakat Cina tidak meminta bahawa judi bola dihalalkan sebagai tanda hak-hak mereka dihormati dan diiktiraf.

“Saya ingin menekankan di sini permintaan daripada masyarakat Cina atau India atau masyarakat bukan Melayu, Iban, Kadazan adalah sama dengan semua permintaan masyarakat Malaysia iaitu berteraskan prinsip kebebasan, keadilan, kebenaran, kebajikan kepada rakyat dan ketakwaan kepada Tuhan. Itulah permintaan daripada masyarakat Cina,” katanya.

Lim berkata Umno seolah-olah begitu berminat untuk menghalalkan judi berbanding masyarakat bukan Islam.

“Bukan seperti yang Umno cakap bahawa berkisar ke atas judi sahaja. Nampaknya Umno lebih minat dengan judi daripada orang-orang lain. Tapi jangan pula cakap itu permintaan masyarakat Cina dan hanya dengan memberikan judi bola barulah masyarakat Cina, India dan bukan Melayu dapat dihormati. Saya memang tidak bersetuju dengan pandangan sedemikian,” katanya.

Beliau juga menafikan kenyataan sesetengah pihak bahawa DAP mengharamkan sepenuhnya judi sebaliknya beliau berkata, DAP mahu judi dikurangkan.

“Saya bukan minta judi diharamkan terus tapi dikawal. Pendirian kita, yang sudah diluluskan biarkan tapi jangan tambah. Kalau boleh kita kurangkan,” katanya.

Dr M: Lesen judi diluluskan jika saya berkuasa

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan meluluskan lesen judi sukan sekiranya masih berkuasa.

“Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah,” katanya ketika ditemui media selepas satu majlis di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Beliau ditanya oleh wartawan sama ada kerajaan perlu segera meluluskan lesen berkenaan.

Katanya lagi, kerajaan tidak sepatutnya menghalang golongan masyarakat yang dibolehkan berjudi.

“Orang Cina main judi selalu, bagi dia tak haram. Buat apa kita nak sekat dia.

“Apa pasal kita nak larang? Tak boleh halang dia makan babi sebab bagi dia tak haram,” katanya lagi.

Pada 14 Jun lalu, Mahathir berkata bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata.

“Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu.

“Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak,” katanya ketika ditanya tentang bantahan pembangkang melalui pelbagai cara seperti ceramah dan demonstrasi.

Judi bola: GMJ serah memorandum kepada Najib

Oleh Nazri Abdullah

PUTRAJAYA, 23 Jun: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) hari ini menyerahkan memorandum bantahan berhubung kelulusan lesen judi bolasepak oleh kerajaan Malaysia, kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.

Serahan tersebut diketuai pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid serta setiausaha, Suhaizan Kayat bersama Naib Setiausaha Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Goh Kean Seng, wakil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Ser Choog Eng dan dari Budaywan Bertindak, Lee Ban Chen.

Hadir sama mengiringi delegasi serahan adalah Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan serta beberapa pemuda PAS lain.

Memorandum diserahkan kepada penolong setiausaha Pejabat Perdana Menteri, Husnul Hakim Jamaluddin.

Baca baki laman ini »

RAKYAT MALAYSIA MAHU PERJELASAN PERDANA MENTERI

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) mewakili rakyat Malaysia mahu penjelasan lanjut daripada Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak juga Menteri Kewangan yang telah menafikan pemberian lesen judi sukan kepada Syarikat Ascot Sport Sdn Bhd pada 7 Jun 2010. Malah sikap Perdana Menteri yang tidak mahu membangkitkan semula isu lesen judi sukan ini dilihat sebagai usaha menyapu sampah ke bawah kapet. Kerajaan dilihat tidak jelas malah sentiasa berdolak-dalik berhubung dengan lesen judi sukan dinegara ini.

Berikut adalah maklumat-maklumat yang mencurigakan disebalik penafian Perdana Menteri :

  1. Pada 11 Jun 2010 terdapat dokumen “Information Memorandum” telah dikeluarkan oleh Berjaya Sports Toto Malaysia Sdn Bhd dimana pada halaman 20 dokumen ini dinyatakan bahawa Ascot Sports telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk menjalankan perniagaan judi sukan. Berjaya Sport Toto memohon pinjaman RM800 juta untuk melakukan operasi judi sukan sempena EPL (English Premier League) pada bulan Ogos atau September 2010. Terdapat 220 outlet Sport Toto seluruh negara akan mejayakan judi tersebut. Penasihat utama bagi pembiayaan ini ialah Maybank Investment Bank Berhad dan AmInvestment Bank Group. Menurut analisis kredit daripada Malaysia Rating Corporation Berhad (MARC) sebuah agensi penarafan telah menilai pinjaman yang telah diminta oleh Berjaya Sports Toto memiliki nilai rating setinggi AA-. Penilaian ini juga mengambilkira bahawa Ascot Sports telahpun mendapat kelulusan untuk menjalankan judi sukan. Pendedahan ini telah dibuat oleh YB Tony Pua Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara pada 21-Jun-2010 diParlimen. Baca baki laman ini »

Judi sukan: GMJ akan hantar memo kepada Majlis Raja-Raja

Oleh Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) akan menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja bagi menuntut kerajaan menarik balik lesen judi sukan yang telah dikeluarkan kepada Syarikat Berjaya Corporation.

Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen semalam, pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, GMJ akan berusaha untuk bertemu dengan Majlis Raja-Raja yang akan bersidang dalam masa terdekat ini bagi menyerahkan memorandum berkenaan

“Kita akan cuba untuk menyerahkan memorandum ini kepada Majlis Raja-Raja yang kebetulan akan bersidang tidak lama lagi,” katanya.

Semalam, GMJ telah menyerahkan memorandum berkenaan kepada beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional bagi diteliti untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

Baca baki laman ini »

PAS tampilkan ‘ikon’ bola anti-judi

PAS kini menampilkan bintang bola sepak negara Radhi Mat Din sebagai ‘ikon’ kempen menentang pemberian judi sukan di negara ini.

Dalam ceramah perdana sempena muktamar PAS ke-56 malam tadi, Radhi diminta merasmikan Gerakan Rakyat Mansuhkan Judi (GMJ) – gabungan NGO dan pembangkang khusus khusus untuk menggagalkan usaha kerajaan itu.

Tampil dalam gaya kasual – berseluar trak dan berkemeja-T di hadapan kira-kira 3,000 penyokong pembangkang – Radhi mengimbau kembali bagaimana ‘runtuhnya’ kegemilangan bola sepak di zamannya lebih 10 tahun lalu akibat perjudian haram dan rasuah.

Menceritakan pengalaman peribadinya, Radhi berkata, ketika mengetuai pasukan Kedah pada tahun 1996 berlaku “peristiwa malang” apabila seramai 136 orang telah dituduh terlibat dalam rasuah yang diakibatkan oleh aktiviti pertaruhan haram.

“(Permainan) bola ini tiada kaitan langsung dengan judi. Malangnya sekarang sukan bola sudah dipalitkan dengan judi yang haram di sisi semua agama di dunia ini. Ini umpama lain yang sakit, lain pula yang diubatnya.

Baca baki laman ini »

Lesen Judi, Tahniah Rakyat Malaysia!

Oleh Noor Safinas

KUALA LUMPUR : Kenyataan bahawa pemberian lesen judi masih belum dimuktamadkan oleh kerajaan atas alasan mahu mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak merupakan kejayaan pertama kempen anti-lesen judi menurut Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).

GMJ melalui setiausahanya Suhaizan Kaiat berkata, ‘tindak balas rakyat’ melalui ceramah, demontrasi, penyerahan memorandum dan halangan daripada kerajaan Pakatan Rakyat memberikan isyarat penentangan yang jelas daripada rakyat.

“Sebenarnya tekanan rakyat ini telah berjaya menghalang pihak kerajaan memberi kebenaran kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd menjalankan operasi judi sukan semasa kejohanan bola sepak piala dunia yang akan berlansung pada 11 Jun 2010.

“Ini merupakan kejayaan 50 peratus rakyat Malaysia untuk memansuhkan judi sukan. Tahniah rakyat Malaysia !” katanya yang juga ketua penerangan Pemuda PAS.

Terdahulu, dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Kementerian Kewangan berkata, kerajaan belum belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat Ascot Sports bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di malaysia.

Menurut kenyataan itu lagi kerajaan masih mendapatkan maklum balas/pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen.

Dalam satu kenyataan dipetik media, Suhaizan berkata, separuh lagi kejayaan itu akan tercapai sekiranya rakyat turun beramai-ramai dalam demontrasi besar mereka di Istana Negara pada 3 Julai depan.

“Tekanan ini perlu dipertingkatkan bagi mempastikan pecutan terakhir ini berjaya memansuhkan judi sukan yang boleh membawa kesan buruk khususnya kepada anak-anak muda di negara ini.”

Baca baki laman ini »

Judi: Siapa berbohong – Najib atau BERJAYA?

Oleh Christine Chan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika beliau tidak memberi gambaran yang sebenar berhubung pemberian lesen judi sukan.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kenyataan bercanggah antara Kementerian Kewangan dan BERJAYA Corporation Bhd menimbulkan kontroversi mengenai siapa yang sebenarnya berbohong.

Baca baki laman ini »