judi HARAM bagi semua agama dan bangsa. JOM bantah!!!

Vincent Tan bukan Robinhood, RM 525 juta tetap duit haram

Oleh Herman Samsudeen
JKuasa Publisiti GMJ

Sejak dari kecil saya mendengar cerita dan melihat filem Robinhood. Beliau terkenal sebagai lagenda di England. Tingga di hutan Sherwood di Nottinghamshire bersama kawan-kawannya dan merompak golongan kaya. Hasil rompakan diberikan kepada golongan fakir miskin. Itulah kerjaya harian Robinhood hingga ia dijulang sebagai hero rakyat.

Namun dari segi moralnya, beliau telah mengunakan jalan yang salah untuk tujuan kebaikan. Ada yang mengatakan tindakannya itu betul dari segi undang-undang moral kemanusian dari persepsi mereka yang tertindas oleh orang kaya dan ada yang kata salah disisi undang-undang negara kerana merompak.

Bagaimana pula keadaan Vincent Tan? beliau tidak merompak, tetapi menjual tiket-tiket perjudian yang dihalalkan oleh Kerajaan Umno-BN. Dari segi undang-undang negara Vincent Tan dilihat tidak salah. Tetapi dari segi undang-undang moral kemanusian ianya jelas salah.

Judi tetap haram. Dan tidak semua kaki judi itu orang kaya macam mangsa Robinhood. Ramai kaki judi itu dari golongan miskin dan sederhana. Mereka terpedaya dengan iklan judi dengan harapan dapat jadi kaya dengan cepat.

Vincent Tan dapat kutip berbilion setahun dan dia mahu dermakan RM 525 juta hasilnya itu melalui Better Malaysia Foundation untuk membantu rakyat yang susah. Duit haram untuk lakukan kebajikan, janggal tapi benar.

Jika Robinhood hanya mampu bina rumah dalam hutan Sherwood dengan hasil rompakannya, Vincent pula mampu bina banyak rumah yang berharga jutaan ringgit dari hasil keuntungan judi. Memang luarbiasa cara hidup mereka.

sebab itulah kita tidak boleh melihat Vincent Tan sama macam Robinhood. Vincent gunakan peluang itu untuk kaut keuntungan lebih, tetapi Robinhood hanya mahu membantu. Persamaan mereka satu sahaja, mereka gunakan cara yang salah, haram dan bermoral rendah untuk mencari duit.

Oleh itu, rakyat Malaysia harus menghentikan lakonan dan putar belit Vincent ini. Kalu dia boleh bagi RM 525 juta dalam bentuk sumbangan, berpa pula yang dia mampu bagi untuk dapatkan lesen itu. Jangan lupa, beliau juga kena bayar cukai kepada Kerajaan. Jadi fikirlah berapa banyak hasil judi yang masuk dalam poketnya. Tidak ada orang yang berniaga untuk rugi.

Soal halal haram Vincent mana peduli, tapi rakyat harus peduli.

*penulis adalah pemangku Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s