judi HARAM bagi semua agama dan bangsa. JOM bantah!!!

TINGKATKAN TEKANAN UNTUK MEMANSUHKAN JUDI SUKAN

Jawapan bertulis Kementerian Kewangan di Parlimen berhubung lesen judi telah menyatakan bahawa kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat dan terma pelesenan dengan syarikat terbabit bagi menjalankan operasi pertaruhan di negara ini. Kerajaan sedang mendapatkan maklum balas dan pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di negara ini.Walaubagaimana pun menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung, lesen itu bukanlah lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada syarikat berkenaan.

Secara ringkasnya telah memberi maksud bahawa lesen judi sukan sememangnya telah lama diluluskan tetapi masih dalam perbincangan untuk menganugerahkan kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd. Kerajaan sedang menunggu maklum balas daripada pelbagai pihak sebelum menganugerahkan kepada syarikat terbabit.

Tindakbalas daripada rakyat seperti ceramah, demontrasi, penyerahan memorandum, halangan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan telah memberi isyarat yang jelas bahawa rakyat tidak bersetuju dengan kelulusan lesen judi sukan yang telah lama diluluskan oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan bukan sahaja perlu membatalkan hasrat untuk memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd malah wajib membatalkan lesen judi sukan sepenuhnya.

Sebenarnya tekanan rakyat ini telah berjaya menghalang pihak kerajaan memberi kebenaran kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd menjalankan operasi judi sukan semasa kejohanan bola sepak piala dunia yang akan berlansung pada 11hb Jun 2010. Ini merupakan kejayaan 50% rakyat Malaysia untuk memansuhkan judi sukan. Tahniah rakyat Malaysia !. Rakyat Malaysia perlu melaksanakan baki 50% lagi usaha mendesak pihak kerajaan memansuhkan judi sukan yang telah lama diluluskan melalui Himpunan 100 Ribu pada sabtu 3hb Julai 2010 jam 2 petang di Kuala Lumpur. Tekanan ini perlu dipertingkatkan bagi mempastikan pecutan terakhir ini berjaya memansuhkan judi sukan yang boleh membawa kesan buruk khususnya kepada anak-anak muda di negara ini.

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) bersedia pada bila-bila masa menyahut seruan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk memberikan pandangan kepada pihak kerajaan bagi membenteras perjudian tanpa lesen yang berleluasa di negara ini. Walaubagaimana pun bukanlah pendekatan yang bijak bagi sebuah kerajaan yang kononya sebuah negara Islam meluluskan judi sukan yang bertentangan dengan semua agama di dunia ini.

Suhaizan Bin Kaiat
Setiausaha
Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s