judi HARAM bagi semua agama dan bangsa. JOM bantah!!!

Perak Jadi Pusat Judi Utara

Oleh Noor Safinas

KUALA LUMPUR : Kebenaran yang diberikan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT)di Negeri Perak terutamanya pihak Kerajaan Negeri Perak untuk mengizinkan premis-premis judi beroperasi dalam pertaruhan perjudian pertandingan bola sepak Piala Dunia dan menjadi pusat operasi atau destinasi bagi mereka yang ingin berjudi di sebelah utara tanahair telah menimbulkan kekesalan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk).

Hal ini kerana PBT di Negeri Kedah, Pulau Pinang dan juga Selangor termasuk Kelantan tidak membenarkan operasi pertaruhan perjudian pertandingan bola sepak Piala Dunia diizinkan di premis-premis judi yang di bawah kawalan PBT.

Perak bakal menjadi ‘Pusat Judi Utara’ kerana Dr Zambry Abdul Kadir telah memberikan keizinan bagi tujuan tersebut dan ini sudah tentu memberi kesempatan bagi kaki-kaki judi di sebelah utara.

DPPN Pk melalui ketua penerangannya, Mohd Akmal Kamarudin, amat kesal dengan sikap sebenar Zambry yang kelihatan menyokong judi yang beliau sendiri yakin bahawa judi adalah haram di sisi Islam.

DPPN Pk juga mendesak agar Tan Sri Haji Harussani Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak dan juga tokoh-tokoh agama agar menasihatkan Zambry agar tidak membenarkan perjudian bola sepak ini.-EraPakatan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s