judi HARAM bagi semua agama dan bangsa. JOM bantah!!!

Muktamar Pemuda PAS bahas usul mansuh judi

Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat yang akan bersidang Khamis ini dijangka akan membahaskan empat usul antaranya mendesak kerajaan memansuhkan pemberian lesen judi sukan.

Menurut pengerusi jawatankuasa usulnya Suhaizan Kaiat, usul daripada Pemuda PAS Johor itu akan dibincangkan kerana “perjudian boleh mempengaruhi kualiti sukan” di negara ini.

“Kita mendesak agar judi sukan ini dimansuhkan kerana ia memberi kesan terutama terutama terhadap institusi keluarga,” katanya yang juga setiausaha Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).

Suhaizan berkata muktamar mereka akan turut membahaskan usul bagi mendesak kerajaan menimbangkan kembali tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (BERSIH).

Beliau yang juga ketua penerangan Pemuda PAS berkata, tuntutan BERSIH antaranya berhubung pemansuhan undi pos, penggunaan daftar pemilih yang bersih dan penggunaan dakwat hitam dalam pilihan raya “tidak ada tindakan daripada kerajaan”.

“Saya salah seorang yang terlibat secara langsung membongkar kelemahan undi pos, tetapi kerajaan masih tidak memansuhkannya,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.-Malaysiakini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s