judi HARAM bagi semua agama dan bangsa. JOM bantah!!!

Lesen Judi, Tahniah Rakyat Malaysia!

Oleh Noor Safinas

KUALA LUMPUR : Kenyataan bahawa pemberian lesen judi masih belum dimuktamadkan oleh kerajaan atas alasan mahu mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak merupakan kejayaan pertama kempen anti-lesen judi menurut Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).

GMJ melalui setiausahanya Suhaizan Kaiat berkata, ‘tindak balas rakyat’ melalui ceramah, demontrasi, penyerahan memorandum dan halangan daripada kerajaan Pakatan Rakyat memberikan isyarat penentangan yang jelas daripada rakyat.

“Sebenarnya tekanan rakyat ini telah berjaya menghalang pihak kerajaan memberi kebenaran kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd menjalankan operasi judi sukan semasa kejohanan bola sepak piala dunia yang akan berlansung pada 11 Jun 2010.

“Ini merupakan kejayaan 50 peratus rakyat Malaysia untuk memansuhkan judi sukan. Tahniah rakyat Malaysia !” katanya yang juga ketua penerangan Pemuda PAS.

Terdahulu, dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Kementerian Kewangan berkata, kerajaan belum belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat Ascot Sports bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di malaysia.

Menurut kenyataan itu lagi kerajaan masih mendapatkan maklum balas/pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen.

Dalam satu kenyataan dipetik media, Suhaizan berkata, separuh lagi kejayaan itu akan tercapai sekiranya rakyat turun beramai-ramai dalam demontrasi besar mereka di Istana Negara pada 3 Julai depan.

“Tekanan ini perlu dipertingkatkan bagi mempastikan pecutan terakhir ini berjaya memansuhkan judi sukan yang boleh membawa kesan buruk khususnya kepada anak-anak muda di negara ini.”

Sementara itu, Suhaizan juga berkata pihaknya bersedia pada bila-bila masa menyahut seruan kerajaan untuk memberikan pandangan kepada kerajaan bagi membenteras perjudian tanpa lesen di negara ini.

“Bagaimanapun bukanlah pendekatan yang bijak bagi sebuah kerajaan yang kononya sebuah negara Islam meluluskan judi sukan yang bertentangan dengan semua agama di dunia ini,” katanya lagi.-EraPakatan

One response

  1. Mohd Tajuddin

    Sebagai sebuah negara Islam yang diterajui oleh ketua yang beragama Islam sepatutnya tidak menunggu lama untuk membuat keputusan. Sebuah kerajaan yang mendokong Islam sebagai agama resmi, tidak perlu menunggu maklumbalas daripada mana-mana pihak mahupun sebarang bantahan dan demonstari. Judi tetap judi walau dalam apa bentuk sekalipun dan ia tetap haram, dan sebagai orang Islam yang menurut perintah Allah, yang memahami isi Al-Quran, apakah menjadi kesukaran atau keberatan untuk mengharamkannya. Fahami peringatan Allah tersebut wahai saudaraku yang diberi amanat memerintah negara Islam Malaysia yang diberkati Allah ini.

    Jun 11, 2010 at 6:50 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s