judi HARAM bagi semua agama dan bangsa. JOM bantah!!!

PEMUDA PARTI GERAKAN KEDAH BERSAMA GMJ

Saya mengucapkan tahniah kepada Gerakan Rakyat Membatah Judi Kedah (GMJ-Kedah) dipengerusikan oleh oleh YB Nasir Zakaria yang telah menubuhkan gerakan rakyat ini diperingkat negeri Kedah. Tahniah juga saya ucapkan kepada Ketua Pemuda Parti Gerakan Kedah Sdr. Tan Keng Liang yang telah bersetuju bersama dalam GMJ-Kedah. Setakat ini pertubuhan politik yang telah bersama GMJ adalah Pemuda PAS, Pemuda DAP, Pemuda PKR(AMK) dan Pemuda Gerakan. Penglibatan daripada NGOs dan parti politik khususnya anak muda sangat-sangat digalakkan. Saya juga menasihatkan kepada semua negeri-negeri menubuhkan GMJ diperingkat negeri-negeri. Bagi memudahkan sebarang penubuhan GMJ diperingkat nasional dan negeri saya senaraikan wakil-wakil GMJ seperti di bawah :

  1. Nasional – Sdr. Suhaizan (019-7285174)
  2. Johor – Sdr. Faizi (019-7701830)
  3. Melaka – Sdr. Kamal (013-6643574)
  4. Negeri Sembilan – Sdr. Khairil Anwar (017-2138834)
  5. Selangor – Sdr. Habullah (012-2917011)
  6. Perak – Sdr. Zawawi (013-5908377)
  7. P. Pinang – Sdr. Yusni (019-4500660)
  8. Perlis – Sdr. Yakob (019-4574652)
  9. Pahang – Sdr. Suhaimi (019-9319231)
  10. Terengganu – YB Mohd Nor Hamzah(013-9818195)
  11. Kelantan – YB Abd Latif Abd Rahman (019-9565665)
  12. Kedah – YB Nasir Zakaria (019-2110389)
  13. Sabah – Sdr. Lahirul (019-3692587)
  14. Sarawak – Sdr. Abang Eddy (016-8905446)

Nota: Bagi Wilayah Persekutuan, organisasi GMJ diletakan dibawah GMJ Nasional

Setakat ini sudah 53 pertubuhan diperingkat nasional dan negeri telah menyertai GMJ. Semua pertubuhan seluruh negara seperti pertubuhan masyarakat, sukan, kebajikan, penduduk, politik, remaja, wanita dan lain-lain lagi yang membantah judi sukan digalakan untuk bersama GMJ samaada diperingkat negeri ataupun diperingkat nasional. Kemuncak kepada bantahan ini adalah Himpunan 100 Ribu Rakyat Malaysia Mansuhkan Judi Sukan yang akan di adakan pada Sabtu 3hb Julai 2010 di Kuala Lumpur. Himpunan ini adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Sri Paduda Baginda Yang DiPertuan Agong.

Suhaizan Bin Kaiat
Setiausaha
Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s