judi HARAM bagi semua agama dan bangsa. JOM bantah!!!

3 Julai 2010 – 2 petang. Himpunan 100 Ribu Rakyat Mansuhkan Judi Sukan

Suatu gerakan rakyat telah ditubuhkan untuk membantah judi dinamakan sebagai Gerakan Rakyat Membantah Judi atau ringkasnya GMJ telah ditubuhkan pada hari Selasa 1hb Jun 2010. Setakat ini 21 NGOs dan parti politik telah bergabung tenaga untuk membentuk suatu gerakan rakyat. Pertubuhan tersebut adalah :

1. Majlis Perundiangan Pertubuhan Islam Malaysia(MAPIM)
2. Persatuan Teras Perpaduan Melayu (Teras)
3. Dewan Pemuda Masjid
4. Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM)
5. Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia(GAMIS)
6. Satu Nama (SATNA)
7. Jemaah Islah Malaysia(JIM)
8. Jamaiy
9. Pengerak Belia Tempatan MPK
10. Budayawan Bertindak(BB)
11. Seniman Paksi Rakyat
12. Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK)
13. Nisa Malaysia
14. Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia(PKPIM)
15. Persatuan Dharma Sakyamuni
16. Relawan (PBR)
17. Pusat Aduan Rakyat Kempas
18. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia(SHURA)
19. Dewan Pemuda Pusat (DPP Pusat)
20. Angkatan Muda Keadilan (AMK)
21. Pemuda DAP(DEPSY)

Gerakan rakyat ini masih membuka peluang kepada mana-mana NGO dan parti politik yang berminat untuk menyertainya.

Aktiviti pertama gerakan ini adalah “Kempen Mansuhkan Judi Sukan” yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan kepada syarikat Berjaya. Kemuncak kepada kempen ini adalah Himpunan 100 ribu Mansuhkan Judi Sukan yang akan diadakan pada hari sabtu 3hb Julai 2010 jam 2 petang bagi menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
Bagi mengerakan rakyat seluruh negara turun dalam himpunan rakyat ini beberapa aktiviti telah disusun. Antaranya adalah :

1. Pelancaran Kempen Memansuhkan Judi Sukan pada sabtu 5hb Jun 2010 di Pusat Perniagaan Sogo mulai jam 2 petang

2. Penyerahan Memorandum Kepada Ahli-ahli Parlimen Malaysia pada isnin 7hb Jun 2010 jam 11 pagi

3. Penyerahan Memorandum Kepada Perdana Menteri Malaysia pada hari rabu 23hb Jun 2010 jam 2 petang.

4. Road-show Negeri-negeri

a. Wilayah Persekutuan : 20-6-2010
b. Selangor : 18-6-2010
c. Terengganu : 19-6-2010
d. Kedah : 22-6-2010
e. Pulau Pinang : 22-6-2010
f. Perak : 23-6-2010
g. Perlis : 26-6-2010
h. Johor : 27-6-2010
i. Melaka : 29-6-2010
j. Pahang: 29-6-2010
k. Negeri Sembilan 29-6-2010

5. Penyerahan Memorendum kepada Menteri-menteri besar dan mufti-mufti kerajaan Negeri

6. Pengedaran Risalah.

7. Penutup Road-show pada 2hb- Julai-2010 jam 9 malam di Kuala Lumpur.

8. Kemuncak : Himpunan 100 Ribu Rakyat Membantah Judi Sukan pada 3hb Julai 2010 jam 2 petang.

Terdapat dua badan yang bertanggungjawab terhadap Kempen Membantah Judi Sukan iaitu Jawatankuasa Induk dan Sekretariat Kempen. Jawatankuasa Induk adalah seperti berikut :

Pengerusi : Cikgu Mohd Azmi Bin Abd Hamid
Timbalan Pengerusi : Sdr. Mohamad Raimi Bin Ab. Rahim
Setiausaha (Sekretariat) : Sdr. Suhaizan Kayat
Penolong S/U : Sdr. Faisal Aziz
Bendahari : Sdr. Nahar Bin Md Nur
Ahli Jawatankuasa : Wakil-wakil NGO dan Parti Politik

Sekretariat Kempen pula adalah badan yang bertanggungjawab untuk mobilisisi rakyat menyertai Himpunan 100 Ribu. Jawatankuasanya adalah seperti berikut :

Pengarah : Sdr. Suhaizan Bin Kayat
Tim Pengarah : Sdr. Mohd Sani Hamzan
S/U : Sdr Suhaimi
Pen S/U : Sdr Sahir
Bendahari : Sdr. Zaidi
J/K Road Show : Ust Zul Selangor
J/K Publisiti : Sdr. Herman
J/K Logistik : Ulu Langat (Mohd Sani)
J/K Keselamatan : Sdr. Johari & Chem
J/K Media : Sdr. Fadhil
J/K Dialog Antara Kaum : Ust Ridzuan Mohd Nor

Sumbangan untuk menjayakan Kempen Membantah Judi Sukan boleh disalurkan kepada Sekretariat Pemuda Perihatin (Bank Muamalat Malaysia Berhad). No Akaun :12070005650714. Sebarang rujukan boleh layari https://bantahjudi.wordpress.com. Email : suhaizankayat@yahoo.com. H/P : 019-47448569(Cikgu Azmi)/ 019-7285174(Suhaizan)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s