judi HARAM bagi semua agama dan bangsa. JOM bantah!!!

PAS serah memo judi bola kepada MB Pahang esok (Hari ini)

Harakahdaily

KUANTAN, 26 Mei: Satu memorandum bantahan ‘Judi Bola’ akan dihantar kepada Kerajaan Negeri Pahang melalui Pejabat Menteri Besar di Wisma Sri Pahang esok (hari ini).

Memorandum akan diserahkan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri bersama pimpinan PAS Pahang yang lain.

Sehubungan itu orang ramai terutamanya umat Islam tanpa mengira perbezaan kaum dan fahaman politik diseru hadir beramai-ramai untuk memberi sokongan perkara ini.

Memo bantahan dijangka akan diserahkan kepada MB Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga selaku Exco Agama Kerajaan Negeri.

Orang ramai yang ingin menyertai penghantaran memo ini dikehendaki hadir dan berkumpul di Perkarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I, Kuantan pada kira-kira jam 10.00 pagi.

Sementara itu disebelah malamnya satu solat hajat akan diadakan selepas Isyak di Putra, Balok dan kemudian diikuti dengan satu program ceramah ‘Bantah Judi’ oleh Exco Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat dan Peguam Fadhli Ramli yang juga AJK Pemuda PAS Pahang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s