judi HARAM bagi semua agama dan bangsa. JOM bantah!!!

ABIM Serah Memorandum Kepada Agong, Seru Mufti Keluar Fatwa Judi Bola

SHAH ALAM 24 MEI: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menghantar memorandum kepada mufti seluruh negara untuk menyertai gerakan membantah kelulusan judi bola dan menuntut mereka mengeluarkan fatwa jelas mengenai hal ini.

Tindakan ini dibuat selepas beberapa siri bantahan isu itu, langsung tidak mendapat reaksi balas dari kerajaan persekutuan, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan.

Ketika dihubungi TV Selangor, Presiden ABIM, Muhammad Razak Ismail berkata pihaknya turut menggunakan aplikasi maya seperti laman sosial facebook dalam menyuarakan bantahan kelulusan judi dan mengajak semua pihak berganding bahu.

“Kita telah pun mengirim memorandum kepada pihak mufti di seluruh negara supaya penglibatan mereka dan menganjurkan kepada mereka untuk berhimpun,” kata beliau.

Razak berkata, memorandum itu juga akan diserah kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat.

“Kita barangkali akan mengirimkan memorandum secara tangan kepada Yang Di-Pertuan Agong dalam masa terdekat. Kita telah pun mendapat tarikh, kita sedang menyelaraskan tarik yang sesuai,” katanya.

Tegas beliau, ABIM juga sedang mengatur pertemuan dengan NGO Islam di seluruh negara untuk membincangkan tindakan susulan berhubung isu judi bola ini.

Beliau berpendirian kelulusan judi bola ini bermakna, kerajaan persekutuan memalitkan imej negara Islam seperti Malaysia dengan label negatif.

“Dengan kebenaran lesen ini, ia akan memberi satu imej yang tidak baik kepada Malaysia secara khusus kerana kita merupakan sebuah negara Islam contoh kepada dunia Islam seluruhnya,” kata beliau.

Razak berkata, pimpinan kerajaan Umno BN harus segera menjawab segala keraguan dan pertikaian yang timbul di kalangan rakyat, natijah dari tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian bola sepak.

“Saya menyeru pihak kerajaan memberi penjelasan secara terbuka dan berdepan dengan masyarakat dengan memberi hujah-hujah dan juga asas kepada pemberian lesen ini kepada kumpulan syarikat ini,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s