judi HARAM bagi semua agama dan bangsa. JOM bantah!!!

Ridhuan Tee Bidas Lesen Judi, Gesa BN Pertimbang Semula

Suara bantahan kepada isu kelulusan lesen judi bolasepak semakin kuat.

Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menggesa kerajaan Barisan Nasional supaya mempertimbangkan semula rancangan meluluskan lesen judi kerana ia mengundang mudarat kepada masyarakat Islam.

Beliau berkata pandangan Islam berhubung soal judi sudah jelas lagi nyata lantas soal menghalalkan skim judi Piala Dunia 2010 seharusnya tidak berbangkit sama-sekali.

“Saya ingin menyarankan kepada pihak berkuasa supaya membuat kajian terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu dasar. Ya, dari satu segi kerajaan mahu mengelakkan judi haram, namun kita perlu timbangkan mudarat yang lebih besar,” tegas beliau.

Dr Ridhuan berkata statistik dan liputan media menunjukkan masalah umat Islam yang terlibat dalam gejala sosial amat menakutkan. Pertambahan pusat judi halal akan hanya menjadikan situasi masyarakat Islam semakin parah.

“Walaupun kita katakan ia untuk orang bukan Islam, tetapi tidakkah kita membuat kajian bahawa betapa ramai umat Islam yang membeli nombor ekor hari ini walaupun tertulis dengan jelas, umat Islam dilarang masuk di premis tersebut, begitu juga perjudian mereka ke Genting Highland.”

2 responses

  1. tak cukup lagi dengan kasino di genting highland…skang ni leluskan lagi pertaruhan judi bola sepak sempena piala dunia. sampai sekarang aku ternganga..bingung dengan pendirian negara Islam tentang judi ni.

    Mei 26, 2010 at 5:02 pm

  2. ALLAH SWT dah menegahkan hambanya bermain judi tetapi masih lagi degil lebih-lebih lagi Kerajaan Barisan Neraka = BN yang diamanahkan oleh rakyat yang buta perut dan buta tuli memilih pemerintah yang fasiq dan dzalim tidak mahu ikut mengikut acuan Islam. ” BAHAWA SESUNGGUHNYA ARAK DAN JUDI DAN BERHALA DAN BERTENUNG NASIB DAN AZLAAM ADALAH KOTOR DI SISI PEKERJAAN SYAITAN. MAKA HENDAKLAH KAMU JAUHI DARIPADANYA SEMUGA KAMU BEROLEH KEMENENGAN!.”

    Mei 26, 2010 at 12:36 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s