judi HARAM bagi semua agama dan bangsa. JOM bantah!!!

DPPP akan Bantah Judi Sepanjang Masa

Oleh Ust. Nasaruddin Hassan Tantawi
Ketua Pemuda PAS Pusat

1. Alhamdulillah , Hari ini [ 21 Mei \ jumaat ] 5 buah negeri akan mengadakan Himpunan Aman membantah Lesen Judi Sukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan UMNO dan BN . Negeri tersebut ialah:

Pulau Pinang di Perkarangan Masjid Permatang Janggus selepas solat jumaat .

Terengganu di Perkarangan Masjid Pengadang Baru selepas solat Jumaat

Perak di Perkarangan Masjid Negeri Ipoh selepas solat jumaat .

Negeri Sembilan dan Selangor .

2. Objektif bantahan ini :

a] Mendesak agar Kerajaan Menarik kembali Lesen yang telah diluluskan .

b] Menjelaskan implikasi negatif angkara judi

c] Mendidik masyarakat agar tidak terjebak dalam kancah perjudian .

3. Insyaallah pada 28 hb Mei \ Jumaat minggu depan , Himpunan Aman akan kita langsungkan di Melaka , Pahang , Kedah dan Kelantan . Sementara Wilayah persekutuan dan Johor telah mengadakan Himpunan Aman tersebut pada minggu lepas .

4. 28 hb Mei 2010 \ Jumaat nanti , bagi Negeri Kelantan adalah kemuncak siri Himpunan Aman membantah Lesen Judi Sukan yang diluluskan oleh kerajaan serentak untuk mendesak supaya Yb. Datuk Dr Awang Adek meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kewangan . Himpunan Aman tersebut akan diadakan di Perkarangan Masjid Repek Bachok Kelantan dalam kawasan Dr Awang Adek sendiri .

5. Himpunan Aman di Kelantan adalah diangkat menjadi Himpunan Besar Peringkat Zon Pantai Timur dan insyaallah akan dipimpin oleh :

Yb. Ustaz Nasharudin Mat Isa [ Ahli Parlimen Bachok \ Timbalan Presiden PAS ] ,
Ustaz Azman Syafawi Abd Rani [ Timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ] dan
Yb. Ustaz Abd Latif Abd Rahman [ Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan ] .

6. Awal bulan June sehingga akhirnya , Dewan Pemuda PAS Pusat dengan segala jenteranya akan turun ke negeri – negeri untuk Roadshow bagi memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai Judi yang merosakkan tamaddun atau peradaban manusia ini . Jadual roadshow akan di update sepanjang masa dan kepada negeri yang ingin menganjurkannya diluar jadual yang telah diatur oleh penerangan Pemuda PAS Pusat dan Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam , boleh hubungi saudara Suhaizan kayyat dan ustaz Riduan Mohd Nor.

7. Selain roadshow , Dewan Pemuda PAS Pusat akan menyerahkan memorandum kepada Mufti di setiap negeri sebagai satu desakan kepada mufti agar membawa perkara judi ini ke peringkat Majlis Mufti kebangsaan dan mendesak agar kerajaan UMNO dan BN menarik balik Lesen yang telah diluluskan .

8. Walaupun Bolasepak Piala Dunia hanya bermula pada 11 june dan berakhir pada 11 Julai 2010 , kita mula membantah judi sukan ini sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib mencadangkan judi ini diluluskan oleh kerajaan . Hari ini lesen judi tersebut telah diluluskan sebagaimana ia diumumkan oleh Dr Awang Adek tempohari dan telah dianugerahkan kepada Berjaya Group. Oleh kerana lesen telah diluluskan , kita tidak perlu menunggu 11 june tetapi sekarang kita desak supaya lesen judi itu ditarik balik .

9. Kemuncak bantahan keras kita terhadap Judi ini ialah pada 3 Julai 2010 . Saya tidak silap dan salah tulis kerana itu yang telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatan kuasa Harian DPPP tempohari. Walaupun Bola sepak Piala Dunia telah bermula malah hampir tamat pada waktu itu [ 3 julai ] , namun perlu difahami bahawa lesen judi sukan yang diluluskan bukan hanya untuk Piala Dunia , tetapi untuk :

English Premier League ,
Spanish Primera Liga ,
Germany’s Bundesliga ,
Italy Series A ,
Uefa Cup
Champion’s League
English FA Cup

10. Tak kena cara , Liga Perdana Malaysia pun mereka angkat sekali . Ini target Berjaya Group nak buat duit hasil judi sukan yang diluluskan dan dianugerahkan kepadanya pada jangka panjang sedang Piala Dunia setakat 11 julai sahaja . Semua siri liga eropah tersebut akan berlangsung selepas tamat Piala Dunia nanti iaitu pada bulan August . Maka saya merasakan tarikh 3 Julai yang dipilih oleh Dewan Pemuda PAS Pusat tidak silap dan lewat tetapi sangat tepat dan sesuai .

Lagi pun , bukanlah kita hanya duduk diam membatu dan hanya banyak mengomel sementara menunggu 3 Julai tersebut , tetapi kita akan turun ke serata negara untuk menggerakkan kesedaran , kefahaman dan menjelaskan bahaya judi serta membangkitkan rasa semangat rakyat menentang kemungkaran . Tempoh sebulan untuk “warm up” adalah sangat bertepatan dan jangan gopoh .

Kita bukan baru nak bermula pada bulan julai tetapi kita telah mula membantah sebelum ia diluluskan dan kini kita sedang menganjurkan siri demontrasi di seluruh negara setelah ia diluluskan agar lesen maksiat ini ditarik balik dan kita akan terus mendidik rakyat agar menjauhkan diri dari bahaya judi serta menentang mereka yang menganjurkan kemungkaran ini sehingga mereka hentikan mungkar ini .

Selepas 3 julai kelak , andai mungkar ini masih diteruskan , Dewan Pemuda PAS berjanji akan terus menggerakkan massa agar bangkit menolak kerajaan UMNO dan BN yang degil dan angkuh ini dalam pilihanraya umum kelak . Anda setuju bersama Dewan Pemuda PAS Pusat ?

_______________________________________________
Ini lampiran berita mengenai Langkah Berjaya Group :

KUALA LUMPUR, May 13 — Amresearch is positive on Berjaya Corp Bhd’s proposed acquisition of sports betting outfit Ascot Sports Sdn Bhd due to the market potential. Berjaya had yesterday proposed to buy a 70 per cent stake in Ascot Sports for RM525 million cash. Amresearch said in a report today that the deal was a lucrative one and should provide a kick to Berjaya’s share price due to the size of the sports betting market and raised its fair value for the share from RM1.80 to RM2.15.

It noted that sports betting sales in Hong Kong and Singapore have been growing at a compound annual growth rate of 19 per cent and 21 per cent in the last five years to RM15.4 billion and RM11.7 billion and expects local sports betting sales to surpass industry numbers forecast operators (NFO) sales of RM8 billion in the next ten years.

It said that the proposed acquisition at six times price-earnings ratio should ensure that the market re-rates Berjaya to account for its strong growth potential.

Amresearch said that in discussions with management, Ascot is targeting a profit margin of 10 per cent in initial years and understands that the profit margin for sports betting in Singapore and Hong Kong is about 15 per cent and 18 per cent respectively.

The Amresearch report said that Berjaya is expected to roll out sports betting in August 2010 to coincide with the English premier league’s new season. Distribution will initially be via Berjaya’s Sports Toto outlets in Peninsular Malaysia with an option to expand to Sports Toto outlets in Sabah and Sarawak as well as Tanjung and Magnum outlets.

It added that Ascot will be permitted to undertake telephone betting which will help it overcome limited outlet opening hours and timing of sports events. Ascot’s future plans include introduction of SMS betting on mobile phones and self-service kiosks but internet betting will not be permitted at the moment.

Apart from the English Premier League, Ascot is also expected to cover Italy Series A, Spanish Primera Liga, Germany’s Bundesliga, the Champion’s League, Uefa Cup, English FA Cup and the World Cup. Other sports such as basketball, tennis and gold will be offered in later stages.

Ascot was first granted the sports betting license in 1987 but surrendered it in 1990. It restarted operations in 2003 but pulled out of the market again a year later. Berjaya yesterday confirmed news reports that the government has re-issued the sports betting license to Ascot.

By Lee Wei Lian
May 13, 2010

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s