judi HARAM bagi semua agama dan bangsa. JOM bantah!!!

Forum Ekonomi Islam di negara yang menghalalkan judi

Pakar-pakar ekonomi dan wakil Kerajaan beberapa negara Islam berkampung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula hari ini untuk membincangkan isu-isu ekonomi negara Islam.

Menariknya, sebelum Forum Ekonomi Islam ini dijalankan, minggu lepas Kerajaan Malaysia memperkenalkan satu lagi sumber ekonomi baru negara ini iaitu pengeluaran lesen judi bolasepak piala dunia.

Keputusan yang cukup kontradik dengan mesej Forum Ekonomi hari ini. Kita menghimpunkan pakar-pakar ekonomi untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman terbaik mereka bagi merancang aktiviti ekonomi kalangan negara Islam. Yang pastinya aktiviti itu pastilah atas nama Islam yang halal dan tidak melanggar syariah. Firman Allah swt.

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir”-Al-Baqarah ayat 219

Jelas tidak dinafikan bahawa judi memang ada manfaat sama seperti arak. Tapi manfaatnya hanya pada orang yang menang sedangkan dari 100 orang yang berjudi hanya 1 orang sahaja yang menang sedangkan ada 99 orang lagi jari rugi. Ini tidak memberikan faedah kepada semua.

Judi merosakan rakyat, dimana duit yang mereka miliki hasil perahan keringat mereka bakal habis dilaburkan tanpa apa-apa pulangan pun. Kerajaan tak mampu banteras sindiket judi, tapi jangan fikir peniaga haram ini akan mohon lesen kalau kerajaan keluarkan kelulusan. Mereka akan tetap berjudi secara haram kerana kosnya lebih murah dan tak perlu kena cukai.

Malah bila judi dilesenkan, mereka yang untung adalah mereka yang menyediakan perkhidmatan judi dan Ah Long yang menyediakan wang untuk berjudi sahaja. Kerajaan pula kutip duit cukai hasil judi untuk bangunkan negara yang akhir jadilah projek-projek runtuh seperti di Terengganu.

Memang malu bila Malaysia yang keluarkan lesen itu jadi tuan rumah bagi Forum tahun ini. Nama Malaysia membusuk dikarpet merah para VIP bila mana mereka mentertawakan sikap Malaysia yang ghairah untuk merebut duit haram hasil perjudian. Pastinya mereka juga akan tertanya-tanya, adakah duit Kerajaan yang digunakan bagi menjayakan Forum kali ini adalah dari sumber yang halal atau haram.

Rakyat berharap agar forum ini sepatutnya membuka mata dan telinga pemimpin negara ini dan seluruh dunia khususnya bahawa dalam ekonomi Islam duit judi, arak dan segala macam yang haram sedikit pun tidak mempunyai keberkatan dan merugikan negara dimasa hadapan. Allah pertegaskan hal ini dalam al-Quran sekali lagi:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu) atau kamu masih berdegil?”-Al Maidah ayat 90-91.

Syaitan berjaya dalam misinya menyesatkan pemikiran pemimpin negara yang tekad meluluskan judi ini. Mereka ternyata degil dan nekad melanggar perintah Allah. Kerajaan jelas tidak berminat nak hapuskan judi, tapi mahu memperbanyakan aktiviti judi yang dikawal oleh Berjaya Group..

Memang sungguh memalukan, jika Forum yang berlangsung hari ini tidak mampu memberikan manfaat kepada Kerajaan dan rakyat negara ini. Ingatlah wahai pemimpin Umno-BN akan firman Allah ini:

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” -An-Nisaa’ ayat 56

Wahai Najib, wahai Awang Adek…umur sudah lebih 50 tahun…rumah kata pergi…kubur kata mari…tariklah keputusan itu sebelum malaikat tarik nyawa kamu…

-Herman Samsudeen @ syukran.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s