judi HARAM bagi semua agama dan bangsa. JOM bantah!!!

JIM Pulau Pinang desak lesen judi bola sepak Piala Dunia ditarik balik

GEORGETOWN: Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang mendesak kerajaan menarik balik lesen konsesi berbilion ringgit kepada Kumpulan Berjaya Corporation bagi mengendalikan pertaruhan judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 Jun ini.

Yang Dipertuanya, Mohd Taufek Abdul Rahman, berkata JIM bimbang aktiviti perjudian akan meningkatkan gejala sosial, jenayah dan ketagihan judi dalam kalangan masyarakat terutama golongan muda.

Katanya, JIM berharap kementerian prihatin dengan kesan yang sudah, sedang dan bakal timbul kepada rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah.

“Kita juga khuatir aktiviti meminjam daripada ceti haram seperti along akan berleluasa ketika Piala Dunia kerana orang ramai meminjam wang untuk berjudi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, bahawa Kementerian Kewangan sudah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan judi bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010. – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s