judi HARAM bagi semua agama dan bangsa. JOM bantah!!!

Enggan tarik balik kelulusan Lesen Judi dan Konsert, Pemuda PAS Berdemo

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan mengajak seluruh anggota Pakatan Rakyat, Barisan Nasional, NGO dan rakyat keseluruhannya, khususnya disekitar Lembah Klang untuk menyertai satu demontrasi aman bagi membantah sikap Kerajaan Malaysia yang enggan membatalkan kelulusan lesen judi Piala Dunia dan juga Konsert 12 jam Pitbull.

Walaupun pelbagai pihak telah menyuarakan bantahan, namun Kerajaan berdegil untuk meluluskan dua agenda gejala sosial yang pastinya memberikan impak yang negatif kepada rakyat dinegara ini. Rakyat tidak boleh duduk diam dan memerhatikan pemimpin negara membuat keputusan yang jelas melanggar hukum Islam dan norma agama-agama lain. Kelulusan ini adalah satu penghinaan kepada nilai-nilai tatasusila rukun negara dan satu kebiadapan kepada perintah Allah swt.

Justeru itu, DPPWP mengajak semua pihak untuk hadir ke demontrasi ini sebagai menunjukan ketegasan rakyat menolak sikap buta tuli pemimpin negara.

Demontrasi ini akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 14 Mei 2010 / 29 Jamadilawal 1431 (JUMAAT)
Masa : 1.30 Tengahari (Selepas Solat Jumaat)
Tempat : Masjid Jamek Kg. Bharu, Kuala Lumpur

Sebarkan mesej ini kepada semua, semoga pemimpin negara mengambil sikap yang lebih serius terhadap pandangan rakyat.

Sekian. Terima kasih.

Herman Samsudeen
Pemangku Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s