judi HARAM bagi semua agama dan bangsa. JOM bantah!!!

Takuti azab Allah jika lulus lesen judi – JIM

KUALA TERENGGANU – Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein Khamis lalu bahawa kerajaan sedang menimbangkan secara serius cadangan meluluskan lesen judi pertaruhan sukan (sports betting licenses) mengundang bantahan pelbagai pihak yang sedar akan malapetaka yang bakal melanda andainya aktiviti itu dibenarkan.

Terbaharu, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Terengganu menyatakan kekesalan mereka sambil mahu semua pihak membanteras gejala perjudian daripada menjadi amalan budaya masyarakat di negara ini.

Yang Dipertuanya, Zameran Jusoh, dalam satu kenyatan media pertubuhan itu semalam berkata, sebagai sebuah negara yang meletakkan kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan negara, kewajaran untuk meluluskan lesen perjudian adalah bercanggah sama sekali dengan tuntutan Islam yang mana telah mengharamkan segala bentuk aktiviti dan unsur perjudian ini. Persoalan untuk menimbang keputusan menghalalkan aktiviti ini sepatutnya tidak berlaku sama sekali dan wajar ditentang.

“Menghalalkan aktiviti perjudian akan menggalakkan lagi amalan budaya yang tidak sihat dalam kalangan rakyat di negara kita. Ia bukan sahaja merugikan pengamalnya malah memberi kesan serta impak masalah sosial kepada masyarakat serta melahirkan generasi muda yang tidak produktif untuk bekerja kuat demi bangsa dan negara. Ia juga tidak bersandarkan kehendak masyarakat Islam arus perdana dan memburukkan lagi imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Sehingga kini pun negara kita telah mempunyai sebuah kasino perjudian terbesar di Asia Tenggara di samping aktiviti perjudian menerusi operator ramalan nombor seperti 4D dan Toto yang semakin bercambah di negara ini.

“Menghalalkan aktiviti perjudian ini bakal menambahkan lagi kantung pendapatan negara menerusi hasil percukaian tetapi hasil pendapatan negara yang haram seperti ini bakal mengundang kemurkaan dan azab Allah subhanahu wataala dan hilangnya keberkatan atau barokah kepada negara yang tercinta ini,” tegas Zameran.

Awang Adek pada 6 Mei 2010 memberitahu bahawa kerajaan bersetuju mempertimbangkan cadangan meluluskan lesen judi pertaruhan sukan bagi mengelakkan perjudian haram yang dikatakan berleluasa di negara kita.

Bagaimanapun, JIM Terengganu, sebagaimana pertubuhan-pertubuhan dan individu lain yang cintakan Islam menegaskan bahawa mereka menentang sebarang keputusan kerajaan untuk membenarkan dan menghalalkan aktiviti perjudian di negara ini.

Dalam ajaran Islam, berjudi merupakan perkara yang jelas haramnya, malah dikategorikan sebagai salah satu dosa besar. Bagaimanapun di Malaysia, mana-mana syarikat yang telah diberi lesen untuk menjalankan perniagaan berasaskan perjudian dibenarkan berbuat demikian dan dianggap sah di sisi undang-undang negara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s